May 22nd, 2016

Beberapa hari ini, ada timbul gosip dimana pelakon Aedy Ashraf telah diserang oleh Jejai ketika beliau dan beberapa lagi rakan lain sedang berbual dengan Fasha Sandha.

Gosip itu seakan menguatkan lagi dakwaan sebelum ini yang mengatakan Jejai masih lagi mengawal kehidupan bekas isterinya itu dan mengganggu rakan-rakan Fasha.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Aedy menerusi portal BH ONLINE mengakui ditegur oleh Jejai kerana berkawan rapat dengan Fasha.

Agak terkejut dengan tindakan Jejai itu, Aedy memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Fasha dan mereka sekadar teman sahaja yang membahasakan diri sebagai adik dan kakak.

Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha. Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah.

Namun, Aedy tidak mahu memberikan sebarang butiran lanjut mengenai insiden berkenaan dan menganggap apa yang berlaku cuma salah faham sahaja.

Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu

Hmmph..pelbagai isu yang timbul selepas berita Fasha Sandha membuat laporan polis terhadap Jejai tersebar. Mungkin juga masih ada perasaan sayang didalam hati Jejai buat Fasha sebab itu beliau ada sedikit perasaan cemburu dan timbul salah faham begini.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...