Selepas berdiam diri, akhirnya Datin Diana Danielle tampil memberikan kenyataan berhubung kontroversi berkaitan suaminya, Datuk Farid Kamil menerusi akaun Instagramnya semalam. Diana menjelaskan beliau memerlukan masa untuk memproses apa yang sedang berlaku sebelum memberikan sebarang komen.
Menurut Diana, Farid tidak pernah mengasari dirinya. Walaupun sedang dilanda dengan ujian yang agak berat ketika ini dan ditambah pula dengan tomohan,kritikan serta pelbagai spekulasi, Diana tetap akan berada teguh disamping suaminnya itu dan akan sama-sama cuba untuk menyelesaikan segala masalah.