Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farid Kamil Buat Laporan Polis Berkaitan Masalah Rumah Tangga?

Semalam pelakon Farid Kamil mencetuskan tanda-tanya apabila berkongsi foto beliau berlatar belakangkan balai polis Mutiara Damansara sambil memegang satu laporan polis dengan kapsyen mahu memperjuangkan nasib orang-orang yang teraniaya.

Advertisement

Terbaru, ada sumber mengatakan laporan yang dibuat oleh Farid adalah untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk memasuki kediamannya untuk mengambil barangan peribadi milik Farid yang terletak di Casa Tropicana, Damansara.

Malah, Farid dalam laporan polis tersebut juga menyatakan kedua-dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan tersebut dilakukan. Menurut sumber itu lagi, Farid tidak dibenarkan masuk ke rumahnya sendiri.

Dalam laporan polis yang dibuat itu, hanya adiknya sahaja yang dibenarkan untuk mengambil barangan peri­badinya. Difahamkan, dalam laporan polis itu juga, Farid Kamil turut menyatakan dia membawa keluar kedua-dua anak untuk menemaninya ke hospital dengan izin Diana Danielle.

Oleh kerana kediaman itu di Casa Tropicana, maka laporan itu telah dipindahkan ke Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, tujuan Farid membuat laporan polis tersebut pada 18 Januari lalu adalah untuk mengelak salah faham dengan mana-mana pihak.  Persoalannya sekarang, adakah rumah tangga Farid dan Diana Danielle sedang bermasalah?

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Roger and out

    January 25, 2018 at 12:02 pm

    Salam.
    Disebabkan kita ni xtau apa2..then kita taip kat cni..sbnr mcm tu..eh rupanya begini..eh tak la mungkin dia ni..dan sebagainya..sedarlah kita ni TIDAK MAHA MENGETAHUI.
    Jd lebih baik kita berdiam n stop buat spekulasi.sbb andaian2 yg kita pndai2 buat tu,xada kena mengena dgn hidup kita sendiri apatah lg dgn hidup mereka tu.Biarlah mereka yg selesaikan.

  2. Anonymous

    January 25, 2018 at 11:17 am

    selagi aku x tgk sndiri viralnye report polis tu, so aku xnak pecaye anasir2 jahat blogger2 n wartawan2 ni. so stay tuned. fitnah berleluasa skrg ni.

  3. aku

    January 25, 2018 at 11:03 am

    bukan pasal rumahtanggalah… ni pasal pelakon2 yang teraniaya bekerja dengan sorang penerbit ni yg kononnya peguam tu.

  4. wekkkkkkk

    January 25, 2018 at 10:50 am

    Retak menanti belah.

    Kalau nak masuk rmh sendiri lagi2 condo atau permhn elit, dh tentu ada sticker kt dpn kereta tu, so x kiralah sapa nk masuk, security bkn kenal pun beribu2 org masuk ke dlm kondo/ rmh tu, janji ada sticker dn access card, guard benarkan je. Sbb owner dh duduk situ. Melainkan JMB management dh tukar access kard dn sticker utk perbaharuai bebaru ni..mgkn FK x ada benda tu. So kalau x ada kena jumpa securitylah…tulis nama, utk apa masuk.

    Kekadang pekerja guard pun bertukar org, mana nk kenal FK atau DD..apatah lagi security foreigner.

    Tapi ini kes rmh tangga ni, DD akan buat aduan jika org lain selain suami masuk..kira nya pencerobohlah namanya. Tapi FK telah bersedia dgn laporan polis, supaya DD x buat report ada penceroboh…sediakn payung sebelum hujan…x pasal2 nnti adik kena tahan dn FK terbabit masuk lokap lagi.

  5. benci orang hipokrit

    January 25, 2018 at 10:50 am

    Walaupun duduk di Kondo, agak pelik sebenarnya kalau tidak dibenarkan masuk dan sampai kena buat report polis bagai. Lagipun kalau ikutkan, FK cuma nak ambil barang peribadi dia. Kalau duduk kondo, nak pindah randah, kena angkut barang pakai lori, rasanya tak perlu buat report polis, yg perlu adalah isi borang dan maklumkan pihak pengurusan yang pada tarikh sekian sekian, jam sekian sekian ada lori akan masuk untuk angkat barang pindah.
    Mungkin ada masalah antara FK dan mak DD. Mungkin juga mak DD tak benarkan FK masuk ambil anak2. Yang pasti, ada konflik antara mereka yang perlu diselesaikan dengan baik. Be profesional. Takkan sikit2 nak report polis, ya tak?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama