Terbaru, ada sumber mengatakan laporan yang dibuat oleh Farid adalah untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk memasuki kediamannya untuk mengambil barangan peribadi milik Farid yang terletak di Casa Tropicana, Damansara.
Malah, Farid dalam laporan polis tersebut juga menyatakan kedua-dua anaknya Muhammad dan Nur Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan tersebut dilakukan. Menurut sumber itu lagi, Farid tidak dibenarkan masuk ke rumahnya sendiri.
Dalam laporan polis yang dibuat itu, hanya adiknya sahaja yang dibenarkan untuk mengambil barangan peribadinya. Difahamkan, dalam laporan polis itu juga, Farid Kamil turut menyatakan dia membawa keluar kedua-dua anak untuk menemaninya ke hospital dengan izin Diana Danielle.
Oleh kerana kediaman itu di Casa Tropicana, maka laporan itu telah dipindahkan ke Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Difahamkan, tujuan Farid membuat laporan polis tersebut pada 18 Januari lalu adalah untuk mengelak salah faham dengan mana-mana pihak. Persoalannya sekarang, adakah rumah tangga Farid dan Diana Danielle sedang bermasalah?