Dalam artikel sebelum ini Abang Nara ada menulis nama anak Ally Iskandar dan Farah Lee sebagai Mariam Isabel. Hari ini, Farah Lee telah tampil menerusi akaun Facebooknya dan memperkenalkan anaknya secara rasmi. Rupa-rupanya ejaan yang betul ialah ‘Maream Esabel‘. Maafkan Abang Nara kerana tersilap sebelum ini. Apa pun, memang cantik nama puteri sulung Ally dan Farah ini.
Farah Lee turut memberi penjelasan mengenai makna nama anak sulungnya itu. Tulis Farah:-
Bidadariku,
Maream Esabel binti Ally Iskandar,
bernafaslah sebagai seorang abid,
yang kental roh dan jasadnya,
persis Saidatina Mariam binti Imran,
Allahumma Amin.Maream : Mother of Prophet Isa
Esabel : Devoted to God
Semoga Maream Esabel membesar menjadi anak yang solehah dan dikurniakan kesihatan yang sempurna. Selamat menjaga anak Abang Nara ucapkan kepada Ally dan Farah. Keseronokannya tak terhingga lebih-lebih lagi di waktu malam. Hehehe. Tahniah sekali lagi diucapkan atas kehadiran cahaya mata sulung ini.