Setelah kedatangan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah ke kediaman arwah pada Jumaat lalu, kemelut dengan adik ipar, Ali Puteh kembali menjadi perhatian hingga jiran yang menetap di kawasan berkenaan turut bersuara.
Terbaharu, seorang peminat Abam telah mendedahkan satu kejadian yang tidak enak sewaktu pemergian arwah 3 tahun yang lalu.
Pendedahan yang mengejutkan adalah sejumlah wang pada Hidayah telah dirampas oleh ahli keluarga suaminya biarpun ketika itu wanita terbabit masih dalam keadaan sedih.
Setelah sekian lama mengunci mulut daripada bercerita apa-apa perkara, namun katanya ramai saksi yang berada di sana turut nampak kejadiaan yang berlaku.
Selepas peminat tersebut berkongsikan perkara tersebut, adik kepada Hidayah tampil membuat status di Facebook meluahkan rasa syukur kerana banyak bukti yang sudah mula didedahkan.
Dalam pada itu, Mohd Zainuddin turut mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat pihak yang mengambil berat tentang perkembangan cerita kakaknya.
Sekadar info, kemelut di antara Hidayah dan Ali Puteh sudah terjadi sejak 3 tahun yang lalu setelah pemergian Allahyarham Abam Bocey hingga perlu naik turun mahkamah dan kini, Ali difahamkan perlu membayar saman fitnah buat ibu tunggal tersebut sebanyak RM60,000.