Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim tampil menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa baginda mempunyai penglibatan dalam insiden simbah asid pada pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim yang sempat tular sebelum ini.
Tiada masalah dengan Faisal
Melalui satu podcast, Tunku Ismail menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang campur tangan dengan insiden tersebut. Malah, baginda mengakui tiada sebarang masalah dengan pemain kebangsaan tersebut.
Yang pertama sekali budak ini (Faisal) adalah budak baik. Saya tak tahu hidup peribadi dia. Cuma, apa apa yang terjadi kepada dia memang harus kita condemn. Tetapi apa kena mengena dengan saya?
Hingga ada orang kata saya dalang mastermind di sebalik insiden itu. Kami JDT lawan dengan Selangor tahun lepas 4-0, 4-0, 2-0 dan Faisal Halim main. Jadi Faisal Halim bukan ancaman untuk saya.
View this post on Instagram
Titah baginda lagi, Faisal merupakan pemain yang bagus namun Tunku Ismail tidak mengenalinya secara peribadi.
Dia pemain yang bagus, dia pemain kebangsaan dan dia orang yang peramah. Tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia, kita tak tahu apa agenda di sebalik serangan itu.
Ada target lebih besar
Di samping itu, Tunku Ismail turut memberitahu baginda mempunyai tujuan dan sasaran yang lebih besar berbanding pemain bola sepak yang bukan seorang penjenayah.
Kalau saya hendak habiskan orang saya ada target yang lebih besar dalam negara ini, yang ambil duit rakyat, yang menyusahkan rakyat.
Orang-orang ini lebih penjenayah yang harus dihapuskan bukan pemain bola sepak.
View this post on Instagram
Terdahulu, Pada 5 Mei lalu, Faisal telah disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan kecederaan teruk di badan dan tangannya.