Fahrin Ahmad Luah Rasa Syukur, Isteri Hampir Setahun Berhijab

Hiburan

Fahrin Ahmad Luah Rasa Syukur, Isteri Hampir Setahun Berhijab

Perubahan imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira.

Fahrin Ahmad
2 years ago

Jaga Penampilan, Fahrin Ahmad Jalani Rawatan Tegangkan Muka Di Klinik Estetik

Advertisement

Menurut Fahrin, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara tersebut sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.

Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri.

Tambah Fahrin, dia memberitahu isterinya yang tidak boleh jika mahu pakai tudung kerana ikut orang atau sekadar mencuba tetapi perlu bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.

Fahrin turut memaklumkan yang dia sememangnya terkejut apabila mendapat tahu isterinya berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial pada hari pertama memakai tudung.

Fahrin Ahmad

Alhamdulillah… semuanya berlaku naturally.

Namun begitu, Fahrin mengaku yang jauh dalam sudut hatinya, dia mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isterinya istiqomah memakai tudung dan menutup aurat.

Sekadar info, Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...