Perubahan imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira.
Menurut Fahrin, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara tersebut sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.
Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri.
Tambah Fahrin, dia memberitahu isterinya yang tidak boleh jika mahu pakai tudung kerana ikut orang atau sekadar mencuba tetapi perlu bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.
Fahrin turut memaklumkan yang dia sememangnya terkejut apabila mendapat tahu isterinya berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial pada hari pertama memakai tudung.
Alhamdulillah… semuanya berlaku naturally.
Namun begitu, Fahrin mengaku yang jauh dalam sudut hatinya, dia mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isterinya istiqomah memakai tudung dan menutup aurat.
Sekadar info, Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.