Mengakui teruja dengan kelahiran anak lelakinya itu, Ezad telah kongsikan dua keping foto beliau bersama anaknya di akaun Instagram miliknya. Jelas terpancar rasa syukur Ezad ketika mendukung bayinya.
Pada masa yang sama, Ezad dalam portal mStar berkata beliau menaruh harapan agar kanser isterinya itu akan pulih selepas ini.
Saya bersyukur isteri selamat bersalin semalam (Isnin) dan sekarang ini apa yang saya harapkan kanser yang dihidapi isteri hanya ada semasa dia mengandung dan hilang selepas. bersalin.
Jujurnya saya mengharapkan keajaiban itu. Tetapi setakat ini doktor belum memaklumkan perkembangan status penyakit isteri saya itu.
InshaAllah Ezad, teruskan berdoa agar isteri anda dapat pulih daripada kanser selepas ini, seperti kata anda siapa tahu akan ada keajaiban Allah SWT nanti? Apa-apapun jangan pernah putus asa dan memberikan semangat untuk isteri anda terus kuat.