Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Ezad Exist Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Ezad Exist kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua bersama isteri, Nor Azeanna Ramli jam 2.15 petang semalam di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Anak kedua mereka dilahirkan tanpa sebarang masalah melalui kaedah pembedahan.

Advertisement

Meskipun isterinya menghidap kanser GIST isterinya tetap nekad mahu melahirkan anak kedua mereka.  Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus (saluran usus)  yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Buat masa ini Ezad masih belum memberitahu kondisi terkini isterinya yang kehilangan darah yang banyak sewaktu melahirkan anak mereka.

Harap keadaan isteri Ezad juga berada dalam keadaan yang baik, besar betul pengorbanan isteri beliau yang masih lagi ingin memberikan cahaya mata meskipun beliau menghidap kanser.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama