July 24th, 2015

Beberapa hari lepas, Aaron Aziz telah menegur kenyataan seorang pelakon baharu berasal daripada Singapura, Erwin Dawson yang telah membeza-bezakan fahaman agama di Singapura dan Malaysia menerusi akaun Instagram miliknya.

Isu tersebut menjadi lebih hangat apabila Erwin juga sudah membuat satu kenyataan balas juga secara terbuka di Instagram yang turut mempersoalkan mengapa Aaron tidak boleh menghubungi beliau secara peribadi berhubung isu berkenaan.  Ekoran hal tersebut, ramai pengikut di media sosial menyifatkan Erwin sebagai seorang yang tidak boleh ditegur mahupun menerima nasihat.

Namun, menerusi portal mStar Online Erwin menjelaskan  beliau melakukan kenyataan balas itu adalah kerana perasaan prihatin tanpa sebarang niat tidak baik terhadap Aaron.

Kenyataan balas saya kepada Abang Aaron adalah hanya kerana perasaan prihatin dan saya sedia menerima nasihat terutamanya dari seseorang berpengalaman sepertinya.

Dengan apa yang telah terjadi saya sedar ada caranya untuk mendapatkan penjelasan dan saya hanya mempunyai perasaan hormat untuk Abang Aaron.

Tambah Erwin lagi, kejadian yang berlaku membuatkan beliau akan lebih berhati-hati dalam memberikan apa sahaja kenyataan selepas ini kerana ia boleh menimbulkan salah faham di pihak yang lain meskipun beliau tidak pernah mempunyai niat yang sebegitu.

Erwin tidak pernah sesekali berniat untuk bersikap tidak bertimbang rasa terutama masyarakat Islam di negaranya.

Kadangkala, perkara kecil boleh jadi besar dan dalam keadaan sekarang, saya sedar ada perkara yang saya sebut atau buat boleh mendatangkan salah faham. Saya tiada niat untuk tidak bertimbang rasa, terutamanya kepada mereka yang saya hormat dan juga kepada komuniti di keliling saya dan di negaraku yang tersayang.

Baru sahaja dalam industri mungkin ada banyak lagi perkara yang Erwin Dawson harus pelajari untuk terus berada di dalam bidang tersebut. Biarkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua pendatang baharu agar anda tidak melakukan perkara yang sama.

Sumber Berita: mStar Online

 


Comments are closed.

Loading...