Aaron Aziz Bengang Dengan Kenyataan Erwin Dawson Bandingkan Fahaman Agama Singapura- Malaysia

Hiburan

Aaron Aziz Bengang Dengan Kenyataan Erwin Dawson Bandingkan Fahaman Agama Singapura- Malaysia

Kenyataan pelakon baharu  Erwin Dawson yang seakan membezakan-bezakan fahaman agama Islam di Singapura dan Malaysia telah membuatkan aktor Aaron Aziz merasa berang dengan pelakon senegara dengan beliau serta menyifatkan ia sebagai satu kenyataan tidak matang.

Advertisement

Buat Aaron kenyataan Erwin di sebuah portal tempatan menganggap  Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas untuk anuti agama Islam berbanding negara asalnya boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap umat Islam di Singapura.

Tidak lama selepas itu, Erwin yang mula dikenali di Malaysia apabila membintangi drama Bencinta  turut membalas kenyataan Aaron menerusi akaun Instagram miliknya dan memberitahu cara Aaron menegurnya tidak sesuai dan kurang profesional. Buat Erwin,  sebagai seorang pelakon yang lebih senior adalah lebih baik untuk Aaron bertemu empat mata bersamanya ataupun menghubungi beliau jika ingin menyuarakan sebarang pendapat.

Walaubagaimanapun, Erwin juga mohon maaf sekiranya kenyataannya itu boleh membuatkan orang ramai salah faham dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Anda lebih ‘senior’ dan seharusnya lebih tahu cara baik untuk menegur saya. Bukan dengan cara memuat naik di laman sosial yang boleh mendatangkan banyak masalah.

Namun, jika saya salah, maafkan saya kerana sebagai pendatang baharu. Lebih banyak yang perlu saya belajar.

Mungkin lebih baik untuk menegur seseorang itu secara peribadi tetapi kadang kala belum tentu lagi mereka boleh menerima ia dengan baik. Lagipun, zaman sekarang memang ramai yang lebih suka membuat teguran menerusi media sosial kerana sepantas kilat berita tersebut sudah boleh diketahui ramai kan?.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...