Tular nama Erra Fazira di platform media sosial, Twitter sejak semalam susulan ada khabar angin yang mengatakan dirinya telahpun mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang ahli politik.
Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa ciapan pengguna di media sosial itu menyatakan perihal tersebut.
Bukan hanya mendirikan rumah tangga bersama ahli politk, malah aktres jelita itu turut didakwa oleh netizen menjadi isteri kedua kepada seorang menteri dalam kabinet.
Meninjau di ruangan komen ciapan pengguna Twitter yang mendakwa Erra telah berkahwin, ramai pengguna lain yang turut meneka-neka gerangan ahli politik manakah yang disebutkan olehnya.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut belum ada sebarang bukti sahih dan ianya hanyalah sekadar khabar angin dari netizen sahaja. Diharapkan ada penjelasan dari kedua-dua belah pihak agar tidak menimbulkan kekeliruan atau fitnah susulan berita yang menggemparkan ini.
Sabar.. kita tunggu penjelasan dari mulut Erra sendiri nanti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.