Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Erra Fazira Mahu Bergelar Isteri Lagi, Ini Antara Ciri-Ciri Idaman Bakal Suami

Erra Fazira

Primadona negara, Erra Fazira mengakui dirinya masih terbuka hati untuk bergelar isteri dan mendirikan rumah tangga pada suatu hari nanti jika diizinkan Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Meskipun usianya kini sudah hampir mencecah 47 tahun, Erra berkata dia tidak meletakkan ciri-ciri spesifik namun cukup hanya bakal suaminya nanti mempunyai keserasian apabila bersama dengan dirinya.

Ujar Erra lagi, soal kriteria spesifik tentang bakal suami itu barangkali hanya terpakai buat dirinya ketika dia masih muda namun kini, apa yang penting buat pelakon filem Maria Mariana ini hanyalah sikap bertanggungjawab dan boleh menjaga dirinya serta anak tunggal, Engku Aleesya.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Advertisement

“Saya tidak kata saya tak mencari jodoh, cuma kalau ada jodoh tu nanti saya cukup bersyukur. Cukup saya katakan ada rasa keserasian dengan pasangan, seorang yang bertanggungjawab, saya rasa selamat dengannya serta seorang yang boleh menjaga keluarga saya.”

Dia baru-baru ini ditemui media selepas majlis pelancaran produk terbaharu Himaya di mana Erra telah menjadi muka depan dan duta selain penyanyi Wany Hasrita.

Dalam pada itu, Erra sempat berkongsi kisah lucu yang terjadi antara dia dan anaknya di mana Engku Aleesya tidak membenarkan dirinya berkahwin lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Saya ada usia Aleesya konon mahu berkahwin. Namun jawapan Aleesya, dia tidak kisah jika ayahnya berkahwin asalkan saya tidak. Saya harap itu hanya sekadar gurauan kerana saya hendak juga berkahwin jika bertemu lelaki idaman.”

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran yakni suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila dan hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    March 25, 2021 at 8:16 am

    marilah ketawa, brunes buat lawak

  2. brunes

    March 24, 2021 at 12:29 pm

    plok twist… erra fazira kawin dengan sanas.. hahahahaha choiiiiiii

    • tecit

      March 25, 2021 at 9:22 am

      bagus jugak tu. at least anak2 same.

    • Anonymous

      March 25, 2021 at 12:11 pm

      Hahaha..
      Lawak la kau

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top