Beberapa bulan lepas, penyanyi dan pelakon Erra Fazira hangat dikatakan sedang bercinta dengan bekas pelajar Akademi Fantasia 8, Shahir. Pada awalnya, Erra tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.
Namun, Shahir akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengakui beliau dan Erra sudah lebih setahun menjalinkan hubungan. Walaubagaimanapun, mereka tidak pernah keluar “dating†seperti pasangan lain dan hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Selepas itu, ada pula timbul salah faham dimana Erra ada membuat pengakuan untuk orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Shahir.  Ada yang bertanya, adakah hubungan mereka sedang retak?
Menurut Erra, semua itu tidak benar dan hubungan beliau bersama Shahir masih lagi baik.
Sebenarnya saya dan Shahir agak terkejut bila cerita jangan kaitkan lagi diri saya dengannya keluar. Memang saya ada beri kenyataan itu tetapi ia tidak bermaksud yang hubungan kami bermasalah. Maksudnya, saya enggan lagi kisah cinta ini diperbesarkan. Hakikatnya, hubungan saya dengan Shahir okey saja.
Bak kata pepatah, setiap yang berlaku pasti mempunyai alasannya tersendiri. Disebakan salah faham itu, akhirnya Erra dan Shahir mengambil keputusan untuk bertemu selepas lebih daripada setahun bercinta. Â Dapatlah mereka melepas rindu bukan? Hehe..
Di sebalik salah faham tersebut ada juga hikmahnya. Setelah setahun lebih tak berjumpa, Shahir datang ke Kuala Lumpur berjumpa dengan saya untuk selesaikan salah faham tersebut.
Menurut Erra, Shahir sudah pun kembali ke Perak dan menguruskan perniagaan beliau disana.
Kalau Erra Fazira dan Shahir ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin pun apa salahnya? Siapa tahu mungkin ini adalah lelaki terakhir dalam hidup Erra dan mereka dapat mencipta kebahagiaan baharu bukan? Doakan yang terbaik buat mereka berdua.