KJ dan kawan rapat Shahril nampaknya membuktikan semangat Malaysia boleh ke tahap berikutnya. Kalau sebelum ini mereka pernah jadi salesman kereta, tapi kali ini, tidak kurang unik juga pekerjaan mereka.
KJ dan Shahril jadi rakan pemandu Lalamove. Memandangkan kalau nak jadi pemandu perlu lesen, mereka membantu pemandu Lalamove, Talha menjalani aktiviti harian sebagai pemandu.
Soalnya, mampu ke mereka berdua berpanas, angkat barang berat-berat, jumpa pelanggan semua?
Pengalaman KJ, Shahril jadi pembantu pemandu Lalamove
Kalau nak tahu, kenalah tonton video ni sampai habis. Di sinilah kita sendiri boleh tengok apa sebenarnya yang dilalui oleh pemandu-pemandu Lalamove ini dalam melunaskan tanggungjawab mereka kepada pelanggan.
Talha turut berkongsi prosedur-prosedur ketika dalam proses penghantaran untuk memastikan segalanya teratur dan mengikut aturan ditetapkan oleh pihak Lalamove.
Contohnya apa yang perlu dilakukan apabila menerima tempahan, ketika menghantar pesanan dan selepas penghantaran dibuat sebelum menerima bayaran.
Impian miliki perniagaan berkaitan pengangkutan
Dalam perjalanan menghantar dan mengambil barang dari pelanggan, mereka juga sempat berkongsi impian dan cita-cita dengan Talha untuk jangka masa panjang.
Menurut Talha, dia menyimpan hasrat untuk mempunyai perniagaan sewaan kenderaan untuk pemandu Lalamove di masa depan.
Tonton semua ini dan banyak lagi dalam video Keluar Sekejap Lagi di bawah: