Lalamove Tawar Diskaun 50% Untuk Pengguna Baru, Rugi Kalau Korang Tak Rebut!

Branded

Lalamove Tawar Diskaun 50% Untuk Pengguna Baru, Rugi Kalau Korang Tak Rebut!

‘Kek yang kau order tu aku dah hantar pakai Lalamove, kau get ready je okay’

Sejak ada perkhidmatan penghantaran barang guna aplikasi ni, rasa makin mudah betul urusan. Kalau dulu nak hantar barang penting terpaksa drive sendiri atau cari runner. Tapi sekarang segalanya di hujung jari.

Salah satu ‘nama’ popular yang mengendalikan perkhidmatan penghantaran barang ini ialah Lalamove. Apa yang BeautifulNara suka tentang Lalamove ni, kita boleh hantar barang dengan lebih cepat dengan pilihan kenderaan yang mengikut keperluan dan saiz barangan kita.

Kalau nak pindah rumah pun boleh tau, bukan setakat hantar order makanan je.

Nikmati perkhidmatan Lalamove dengan ‘LALAMOVEIT” 

Diskaun 50% untuk pengguna baru Lalamove

Apa ‘LALAMOVEIT’ ni? Haa.. Kalau nak tau, ini ialah kupon diskaun kalau nak menggunakan perkhidmatan Lalamove ni..

Khas untuk pengguna kali pertama Lalamove, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk tiga penghantaran berturut-turut (had pada RM5 untuk setiap penghantaran).

Kalau anda memang pengguna setia, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus (had pada RM15 untuk setiap penghantaran) untuk tiga penghantaran berturut-turut dengan kod kupon ini.

Kupon ni hanya boleh ditebus sekali dan sah digunakan dalam tempoh masa 14 hari selepas ditebus di dompet kredit Lalamove anda.

Kuantiti kod kupon ini adalah terhad dan akan tamat secara automatik pada 31 Oktober 2021,  jadi siapa cepat dia dapat.

Buat yang suka menggunakan servis penghantaran barang, anda tak boleh lepaskan tawaran ni. Boleh jimat sikit, siapa yang tak nak?

Macam mana nak tebus kod kupon ‘LALAMOVEIT’?

Rakan penghantar Lalamove

Ikut je langkah yang kami kongsikan di bawah:

Pilihan 1

  • Tetapkan masa penghantaran (ASAP atau jadualkan kemudian)
  • Tetapkan tempat penghantaran  (ambil dan hantar)
  • Pilih kenderaan pilihan berdasarkan saiz barang
  • Tambahkan perkhidmatan tambahan (contoh: perjalanan pulang, lalabag, pintu ke pintu, dll) berdasarkan keperluan penghantaran
  • Tambahkan nota ke rakan penghantar dan pilih kaedah pembayaran (pembayaran tunai atau dompet kredit)
  • Letak kod kupon ‘LALAMOVEIT’
  • Sahkan pesanan anda dan mulai menghantar!

ATAU

Pilihan 2

  • Buka bahagian ‘wallet’ di aplikasi Lalamove
  • Tekan sesi ‘Kupon’
  • Masukkan ‘LALAMOVEIT’ untuk tebus kupon ini ke dalam dompet kredit Lalamove anda
  • Sekiranya pesanan penghantaran anda sesuai dengan kriteria, kupon ini akan ditebuskan secara automatik untuk pesanan anda.

Banyak kelebihan guna Lalamove!

Pelbagai pilihan kenderaan Lalamove

Harga yang berpatutan! 

Kalau anda kerap menggunakan perkhidmatan penghantaran ni, kami boleh cakap Lalamove ni memang the best.

Penulis personally pun gunakan perkhidmatan Lalamove masa pindah rumah. Tak pening kepala nak cari lori sewa atau risau membayar lebih untuk menyewa kenderaan yang terlalu besar.

Lalamove ada pilihan kenderaan pelbagai jenis dan harga penghantaran barangan besar atau pukal. Kalau nak guna pikap trak mereka, harga penghantaran bermula serendah RM22 saja!

Tapi bukan itu je tau, Lalamove punya sistem harga adalah berdasarkan ‘bayar-selepas-penghantaran’. Ini semestinya membantu meringankan beban kos tetap untuk peniaga-peniaga kecil.

Pilihan kenderaan penghantaran yang pelbagai! 

Pelbagai pilihan kenderaan Lalamove

Lalamove ni juga mempunyai flit penghantaran yang terluas dengan pelbagai pilihan kenderaan seperti motosikal, kereta sedan, trak pikap 4×4 , van 7ft, van 9ft, lori kecil hingga besar untuk menghantar apa saja barang atau saiz.

Bukan saja untuk pindahan rumah, flit penghantaran Lalamove juga sesuai untuk para PKS yang perlu menghantar produk-produk pukal kepada pelanggan mereka secara segera.

Lalamove kini menyokong sebanyak 250,000 pengguna biasa dan PKS dengan penyelesaian penghantaran mereka dengan cepat dan fleksibel ini.

Padanan rakan penghantar dengan cepat, 8 saat saja! 

Dengan flit penghantaran mereka yang semakin meningkat, pelanggan-pelanggan Lalamove dapat mencapai purata masa padanan penghantar dalam 8 saat saja! Laju kan?

Ini membolehkan barang-barang dihantar dalam masa yang sangat pendek, tidak kira barang kecil atau barang besar.

Pelbagai pilihan kenderaan Lalamove

Semasa musim puncak seperti Raya, Ramadhan ataupun jualan Cyber seperti 9.9, 10.10, 11.11 dan lain-lain, anda tidak perlu risau lagi tentang penghantaran yang lambat.

Anda boleh menggunakan Lalamove untuk mengambil barang-barang anda dari penjual selepas membeli. Baguskan?

Untuk para PKS juga, tidak perlu risau lagi pelanggan-pelanggan akan komplain lagi tentang penghantaran lambat.

Lalamove boleh tolong anda menghantar dalam masa sejam dengan motosikal atau kereta mereka! Apa yang lagi best adalah penghantaran barang besar juga boleh dapat diselesaikan dalam hari yang sama.

Ini agak fleksibel untuk orang yang ingin pindah rumah ataupun untuk peniaga yang memerlukan flit alternatif untuk menghantar barang semasa musim puncak.

Tunggu apa lagi? Jom ‘Lalamove It’!

Penghantaran barang atau nak pindah lagi mudah!

Buat masa sekarang perkhidmatan Lalamove hantar tersedia di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Penghantaran merentas negeri disediakan juga untuk pengguna-pengguna dengan flit trak pikap, van atau lori Lalamove.

Peniaga-peniaga yang mempunyai rangkaian perniagaan di merata-rata tempat dah tidak perlu bersusah payah nak mencari penyelesaian logistik, Lalamove-kan ada!

Dengan sistem penjejakan penghantaran pada masa nyata Lalamove ini, anda boleh mengetahui lokasi rakan penghantar bila-bila masa tanpa risau.

Dah selesa beri penghantaran kepada rakan penghantar Lalamove yang tertentu? Masukkan mereka sebagai ‘Favourite Driver’ anda dan penghantaran anda yang seterusnya akan dipadankan dengan rakan-rakan penghantar yang ada suka terlebih dahulu. Canggih kan sistem ini?

Jom gunakan perkhidmatan Lalamove hari ini. Jika anda nak mengetahui lebih tentang bagaimanakah Lalamove boleh membantu anda dengan lebih lanjut, klik di SINI untuk kunjungi laman web Lalamove, ataupun muat turun aplikasi mereka di Google Playstore atau Apple App Store sekarang.  

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...