June 30th, 2015

Setelah 25 episod, akhirnya hari ini adalah episod ke 26 dan juga episod terakhir drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB). Drama hebat lakonan Fathia, Shukri Yahya, Keith Foo dan Ziela Jalil ini merupakan adaptasi daripada novel yang mempunyai tajuk sama. Sepanjang ditayangkan, DILB mendapat kontroversi yang cukup banyak seperti dicop drama maksiat dan tidak bermoral serta tidak mempunyai sebarang pengajaran.
dia isteri luar biasaWalaupun mendapat kritikan yang padu terutama ketika di awal tayangannya, Ziela Jalil selaku penerbit DILB telah meminta penonton drama ini agar menunggu sehingga episod akhir untuk mengetahui pengajaran di sebalik cerita ini. Seperti yang Abang Nara maklumkan sebentar tadi, hari ini adalah episod akhir DILB dan pastinya semua tertunggu-tunggu apa pengajaran, teladan dan nasihat yang boleh diambil daripada drama ini.

dia isteri luar biasa

Agaknya apakah kesudahan percintaan Dewi dan Raden? Adakah mereka akan bahagia seperti yang diharapkan? Atau ada ‘twist’ untuk penamat DILB? Sama-samalah kita nantikan. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.


Comments are closed.

Loading...