March 11th, 2015

Satu ketika dahulu, Enot telah tampil menafikan dakwaan yang dirinya berpura-pura sakit kanser hanya untuk menagih simpati. Ingatkan selepas penafian tersebut, maka tamatlah fitnah dan dakwaan yang tidak berasas tersebut. Sayangnya Enot terus dilabel sebagai penipu di media sosial. Untuk makluman, Enot pada tahun lepas telah pun disahkan menghidap sakit kanser usus peringkat kedua. Namun selepas menjalani rawatan kanser secara traditional dan moden (kerjasama Yakult dan hospital di Tokyo), sakit kanser usus Enot semakin beransur pulih.

enot dan sakit kanser

Kalau Abang Nara jadi Enot, memang sedih juga diri ini dibuatnya. Iyerlah, kita sakit betul-betul, orang kata tipu. Keperitan dan kesakitan yang ditanggung kerana sakit kanser usus dah memang berat, ditambah pula dengan sakit hati kerana dilabel sebagai penipu. Memang perit jiwa ini. Kata Enot:-

Saya sudah sampai ke tahap malas hendak layan semua benda itu. Melampau sangat fitnah sesetengah orang itu di media sosial. Kalau tak sakit, buat apalah saya menipu sakit. Untuk apa saya tipu. Ini bukan benda main-main. Kalau saya nak cari publisiti ada banyak lagi gosip murahan lain yang boleh digunakan. Bukan dengan hal sakit dan serius begini.

Saya amat sedih dan kecil hati ada juga yang tak tahu kesengsaraan saya, tapi pandai-pandai memfitnah di media sosial. Memanglah depan orang saya nampak sihat, tapi di rumah hanya keluarga saja yang tahu. Saya pernah sampai ke tahap terlantar di rumah akibat penyakit ini, tapi tak ada siapa pun tahu melainkan anak-anak dan keluarga terdekat.

Tapi saya hanya diamkan diri dan tanggung sendiri. Sekali pun saya tak pernah buka cerita kepada orang lain. Orang di luar tetap kata dan fitnah macam-macam. Saya malas dan tak kuasa nak layan benda ini sebab penyakit ini lebih penting untuk saya ubati.

enot

Sedih la pulak Abang Nara baca kata-kata Enot ini. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kanser bukanlah satu penyakit yang boleh dibuat main-main. Kalau lambat dirawat, pasti akan membawa maut. Semoga sakit kanser usus Enot ini akan sembuh dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

P.S: Raksasa juga punyai masalah


Comments are closed.

Loading...