Written by AbangNara | August 25th, 2014

Memang Abang Nara terkejut beruk semalam apabila membaca dakwaan seorang pelakon wanita yang dikatakan berpura-pura menipu dirinya sakit kanser di BiPop. Sekali baca pun Abang Nara dah tahu pelakon tersebut ialah Enot. Dikatakan mempunyai kanser tahap keempat, Enot kononnya mahu meminta simpati untuk mendapat tawaran kerja dengan menjaja kisah sedih dirinya ditimpa sakit tersebut.

enot nafi kanser

Hari ini menerusi Mstar Online, Enot tampil menafikan dakwaan tersebut. Iyerlah, orang kalau kena kanser dah sampai peringkat keempat memang tak boleh nak bergerak dah. Terlantar je atas katil. Menurut Enot, kanser usus yang dihidapinya hanya tahap kedua sahaja. Itu yang masih boleh aktif berlakon. Kata Enot:-

Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.

Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak. Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya

Namun Enot mengakui yang kawan-kawan baiknya mula menjauhkan diri sejak dirinya sakit. Benarlah kata orang, kawan ketawa boleh dicari, kawan menangis memang sukar dijumpai. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Enot. Memang tabah sungguh Enot.

Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.

Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga.

Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.

Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri

enot

Diharap Enot tabah dengan dugaan ini. Makcik Abang Nara pun kena kanser tahun lalu. Alhamdulillah sekarang dah makin okay selepas pembedahan dan mengamalkan makan sejenis daun. Abang Nara tak ingat dah daun apa tapi ia memang berkesan. Mungkin Enot boleh buat kajian dan mencuba. Mana tahu boleh berjaya pulak. Kalau korang ada nasihat dan panduan untuk para pesakit kanser, kongsikan di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Enot Nafi Dakwaan Berpura-pura Sakit Kanser

  1. maklong_peah says:

    Kalau kita sakit mesti kita akan ikhtiar cara moden/kampung. dia mcm rileks je. tak takut mati gamaknya. atau buat2 sakit. ish ish ish

    0

    0
    • aku janda 89 says:

      tudiaaa mulut mak long….x kan nak tunjuk sakit plak kot,sbg seorg ibu dia kena kuat menyara kehidupan dri dgn anak2….doa yg baik2 sudah…apa perasaan mak long kalau ada kat tempat dia???renung2 kan,,,,

      0

      0
    • ini ujian bg dia. mati itu pasti. cuma tak tau bila. takut mati kalau memang tak prepare. hidup selalu mengumpat, takde bekalan yg dibawa. dia relaks je, awak yg melebih.

      0

      0
    • lara_hati says:

      Eh eh bukan dia kata dia ada usaha secara tradisional ke…mak long hmmm..tak baik tau kata camtu…

      0

      0
    • faiezah says:

      cuba makan biji aprikot….tu adalah pembunuh kanser nombor satu…ada kawan2 sya juga yg guna secara istiqamah biji aprikot tu…Alhamdulillah baik…

      0

      0
  2. sebab yg promote tu geng Olga bajet gud2

    0

    0
  3. ... says:

    janganlah hina dia… ingat senang2 nak duduk hospital sementara anak kat rumah masih perlukan perhatian..lagi2 kalau anak masih kecil. mari doakan dia sihat untuk teruskan kehidupan bersama anak2.. tipu tak tipu bukan kita yang berdosa.

    0

    0
  4. themightydingdong says:

    abeh korang nak dia dok menangis meraung kat corner rumah korang ke? baik dia cari rezeki sara anak2 dia.. tak bermaksud dia tak takut mati le aparaaa poodah

    0

    0
  5. Hani says:

    Mak mentua sy amalkan air rebusan daun durian belanda.Alhamdulillah…bkn lah sbb daun tu 100% sembuh,tetap kene operate juga tapi tak sampai tahap kimoterapi lah.Syukurlah for the time being dah boleh kata 98% bebas kanser.Maybe enot boleh try ni…kita ikhtiar kan…byk2 doa pada Allah.

    0

    0
    • Aida233 says:

      Tumpang tanya. Your MIL pun kanser usus jugak ke? Atau air rebusan daun ni untuk mencegah kanser secara umum?

      0

      0
    • fiza says:

      hani nak tanye daun tu mmng untuk cancer usus ke? sebab 2 mingu lepas tunang sya disahkan cancer usus tahap 3…klu ok sya nak dia cube…

      0

      0
  6. anon says:

    Jgn lah menuduh or mengata kat dia, mana kita tau dia tak takut mati. Lebih2 lagi org yg ade anak2 ni. Mesti kita risau kalau kita dah tak de nanti sape lah yg nak jaga mereka. Ape yg tersirat dlm hati dia sape yg tau. Tak kan lah dia menangis siang malam baru nak kata dia sakit. Dia kan ibu tunggal, so terpaksalah cari rezeki utk anak2 dia sementara dia ade. Ade sorang kawan yg kene kanser usus jugak, lepas operation, dia tak kimo pun sb anak dia yg doktor tak bagi, so anak dia rekomen kan satu ubat namanya FEMARA, dia sihat sampai skrg, dah 5,6 thn dah. Pls share kan info ni….Harga ubat ni dlm rm50 je satu kotak. Tak tau mcm mana nak sampai info ni enot…

    0

    0
  7. ikan says:

    daun belalai gajah leh try

    0

    0
  8. insan says:

    Daun belalai gajah…insyaAllah dengan izinNya sembuh..

    0

    0
  9. Cik Izz says:

    Daun belalai gajah leh blend dengan epal. bilangan daun ikut tahap kanser. kene minum air blend tu serta merta. jgn simpan. n satu lagi amalkan kunyah biji aprikot. makan cam kacang even pahit. satu lagi..cendawan susu harimau byk dapat kat tapah or simpang pulai..on the way ke cameron..kawasan org asli berniaga tu. kita mencuba namun kuasa Allah menentukan keberkesanannya. Arwah ayah kene kanser tahap keempat n kanser dah serang tulang. cube semua bende tu tp arwah pun dah xlalu nak telan. alhamdulillah dapat jaga 9 bulan sebelum tinggalkan kami.

    0

    0
  10. reena says:

    jangan la hina enot..aku neyh yg sakit sawan biasa da 13thn,tabah
    semangat yg kuat..doa doa kan enot yg baik baik saje la

    0

    0
  11. […] ketika dahulu, Enot telah tampil menafikan dakwaan yang dirinya berpura-pura sakit kanser hanya untuk menagih simpati. Ingatkan selepas penafian […]

    0

    0