Kebanyakan netizen masih lagi berasa tidak percaya apabila khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa kakak Neelofa, Noor Nabila sedang hangat bercinta dengan Engku Emran.
Meskipun menafikan berita tersebut, namun makin kuat spekulasi tersebut apabila lelaki itu memuat naik foto yang menampakkan bayangan Noor Nabila pada radio keretanya pada salah satu entri di Instagram miliknya dengan diiringi kapsyen romantis.
BACA: Kongsi Foto Bayang-Bayang, Engku Emran Beri Klu Bercinta Dengan Noor Nabila?
Makin kecoh pula sekarang apabila Engku Emran dan Noor Nabila didakwa akan melangsungkan pernikahan mereka esok. Selepas ianya menjadi buah mulut netizen, ini merupakan respon Nabila menurut laporan BH online.
“Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih.”
Untuk pengetahuan semua, gosip antara mereka bermula apabila Engku EMran dilihat menyertai sesi usrah yang dilakukan di rumah Noor Nabila selain keduanya yang dikatakn rapat memandangkan sering meluangkan masa bersama bagi melakukan aktiviti berkayuh.
View this post on Instagram
Hmmm… kita nantikan sahaja kenyataan rasmi daripada mereka nanti.

anti mek klate
March 19, 2021 at 11:23 am
mmg la awak tu bukan retis.
tp famili sibuk nk make sure mata netizen bertumpu dkt kardashian klate
Anonymous
March 19, 2021 at 9:04 am
die pon mengaku die bukan artis. wartawan ni busybody. aku rasa engku emran tu pon bukan retis. asal wartawan ni sibuk benor.
tecit
March 19, 2021 at 3:15 pm
btol weh. kdg2 femes feefel ni sebab diorang punye friend to friend to friend. networking dorg selain family. mcm si rosix tu klu die xkwn dgn lopak xtau pon rupenye die designer. die plak xkan la nk knlkn diri die “i ni designer uolss”
Oriole
March 18, 2021 at 4:53 pm
Boleh tak Ku Emran tukar style. Dah lama sgt pakai glasses. Tukar pakai contact lense plak
tecit
March 19, 2021 at 3:06 pm
suruh die buat laser la die bukan xmampuu. rambut pon awat panjang nk nikah trim la sikit.
brunes
March 18, 2021 at 2:25 pm
exactly, dia bukan artist hanya menumpang glamer adik dia si lopak so whatever she does whos cares ye