Kebanyakan netizen masih lagi berasa tidak percaya apabila khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa kakak Neelofa, Noor Nabila sedang hangat bercinta dengan Engku Emran.
Meskipun menafikan berita tersebut, namun makin kuat spekulasi tersebut apabila lelaki itu memuat naik foto yang menampakkan bayangan Noor Nabila pada radio keretanya pada salah satu entri di Instagram miliknya dengan diiringi kapsyen romantis.
Makin kecoh pula sekarang apabila Engku Emran dan Noor Nabila didakwa akan melangsungkan pernikahan mereka esok. Selepas ianya menjadi buah mulut netizen, ini merupakan respon Nabila menurut laporan BH online.
“Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih.”
Untuk pengetahuan semua, gosip antara mereka bermula apabila Engku EMran dilihat menyertai sesi usrah yang dilakukan di rumah Noor Nabila selain keduanya yang dikatakn rapat memandangkan sering meluangkan masa bersama bagi melakukan aktiviti berkayuh.
View this post on Instagram
Hmmm… kita nantikan sahaja kenyataan rasmi daripada mereka nanti.