Enggan Dimadukan, Wanita Kelar Anu Suami Pakai Pisau

Dunia

Enggan Dimadukan, Wanita Kelar Anu Suami Pakai Pisau

Seorang wanita nekad mengelar kemaluan suaminya sendiri kerana tidak rela menjadi isteri kedua, lapor Kompas.com.

Kejadian itu dilaporkan telah berlaku di Kampung Pasir Limus, Bekasi, Indonesia dan suspek yang dikenali sebagai YN,42, menyerah diri ke balai polis berhampiran setelah tragedi itu.

Advertisement
dikelar penisSumber : Getty Images  

Difahamkan, YN telah bertindak demikian selepas mendapat tahu suaminya itu mahu bernikah lagi.

Menurut jurucakap polis, Mustakim berkata kejadian itu mempunyai motif cemburu serta amarah dan mangsa pada ketika itu sedang tidur di rumah sebelum seluarnya dibuka dan pergelutan berlaku.

Ketika itu, mangsa melihat isterinya memegang pisau dan tanpa teragak-agak, wanita itu terus mengelar kemaluan suaminya. Mangsa turut mengalami luka di bahagian peha dan betis.

Suspek kemudian lari meninggalkan mangsa yang berlumuran darah sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan oleh jiran tetangga.

Polis juga turut merampas pisau yang digunakan si isteri bagi mencederakan suaminya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tandas busuk tahan makan
2 bulan lalu

Pelajar Sanggup Tak Makan 'Breakfast', Enggan Guna Tandas Sekolah Yang Kotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...