Pelajar Sanggup Tak Makan ‘Breakfast’, Enggan Guna Tandas Sekolah Yang Kotor

Berita

Pelajar Sanggup Tak Makan ‘Breakfast’, Enggan Guna Tandas Sekolah Yang Kotor

Lapor The Star, ada sesetengah pelajar dilaporkan mengelak untuk makan sarapan pagi sebelum ke sekolah kerana tidak mahu menggunakan tandas yang disediakan di sekolah masing-masing.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di mana dia turut menjanjikan reka bentuk dan fungsi tandas yang lebih kondusif untuk kegunaan pelajar dan juga guru-guru.

Advertisement

Ada pelajar hanya makan bila mereka pulang ke rumah. Mereka enggan gunakan tandas sekolah kerana terlalu kotor.

Tandas sentiasa basah dan pelajar mungkin takut ia akan mengotorkan baju sekolah mereka. Ini berikutan sistem pengudaraan yang lemah, tandas sentiasa basah dari hari ke hari.

Kata Radzi lagi, pihak kementerian komited untuk menjadikan persekitaran sekolah lebih baik dan menyenangkan buat para pelajar dan juga golongan pendidik.

tandas sekolah bersihSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Pihak kementerian akan fokus kepada peringkat reka bentuk dengan sistem pengudaraan yang baik supaya tandas akan lebih bersih dan tidak berbau busuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peppa pig
3 bulan lalu

"I Live With Mummy And My Other Mummy" - Kartun Peppa Pig Perkenal Pasangan Sama Jantina Cetus Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 14, 2022 at 10:36 pm

    patut mmg renovate tandas bagi elok. pastu xyah cleaner, didik student cuci tandas sendiri macam kat jepon. barula disiplin.

  2. julajulibintang3

    September 13, 2022 at 2:38 pm

    Masa aku form 1-5..sekolah yg sama..tandas murid perempuan di blok B…ade 4 biji tandas..tp hanya 1 je boleh guna..2 xde air..1 kotor, najis tak dibersihan..yg blh guna 1 je.tp tanda tu basah, kotor, berair tp nak taknak, guna jugak sampai beratur… dulu bodo, xde buat aduan bagai…klu zaman skrng aku skola ctu lg, mmg kena viral la..cleaner tak buat keje..

    Dtg pedajal aku..aku guna tandas cikgu perempuan..sentiasa kering, bersih, tidak berbau…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...