Enggan Beratur Panjang Untuk Bayar Saman? Ini Cara Mudah Untuk Anda Cuba!

Kehidupan

Enggan Beratur Panjang Untuk Bayar Saman? Ini Cara Mudah Untuk Anda Cuba!

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai tawaran diskaun yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga.

Mendapat sambutan yang cukup hangat daripada rakyat, PDRM telah melanjutkan tempoh pembayaran sehingga 31 Disember ini dan turut menghebahkan mengenai perkara itu di laman Facebook rami mereka untuk pengetahuan orang ramai.

Advertisement

 

Sebelum ini, fenomena orang ramai beratur panjang semata-mata untuk melangsaikan saman mungkin boleh mencetuskan perasaan bimbang berikutan negara masih lagi menghadapi ancaman COVID-19 serta sikap rakyat dalam mematuhi SOP.

Sehubungan itu, anda sebenarnya boleh membayar saman melalui alternatif yang lain tanpa perlu beratur di kiosk pembayaran dan juga balai polis.

Mudah sahaja, anda boleh berbuat demikian di mesin ATM Maybank dan kami sediakan langkah-langkah untuk membayar saman anda.

  1. Pilih ‘Paybills’

  2. Pilih ‘Pembayaran Saman PDRM’

  3. Masukkan nombor kad pengenalan, anda juga boleh membayar untuk individu lain dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka.

  4. Pilih untuk simpan resit untuk tujuan rujukan.

Selain daripada membuat pembayaran di IPD dan juga mesin ATM, anda juga boleh ke kaunter PDRM/JPJ negeri atau Pusat Transformasi Bandat (UTC) di seluruh negara.

Bayar saman lanjut
3 years ago

Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun? JPJ Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...