Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun? JPJ Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

Berita

Tak Sempat Bayar Saman Dengan Diskaun? JPJ Lanjutkan Tempoh Bayaran Sehingga 15 Disember

Berita baik bagi mereka yang tidak sempat melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila agensi berkenaan telah melanjutkan tempoh diskaun pembayaran kompaun sehingga 15 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat JPJ menerusi sebuah hantaran di Facebook di mana pihak mereka juga mengesyorkan agar kompaun yang dikenakan dibayar secara tanpa tunai (cashless).

Advertisement

 

Dalam hantaran tersebut, JPJ memaklumkan bahawa diskaun pembayaran itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Terdahulu, orang ramai dilaporkan telah berkumpul selama dua hari di KLCC selepas kedua-dua agensi JPJ dan Polis Diraja Malaysia telah mengumumkan penuruna diskaun sebanyak 80 peratus untuk kompaun terpilih.

JPJ KLCCSumber : Melaka Tribune News 

Namun, kaunter berkenaan telah ditutup sehingga hari Jumaat lalu selepas mereka menerima jumlah kunjungan terlebih luar biasa sehingga mendatangkan kebimbangan kepada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di lokasi terbabit.

2 years ago

Pakar Cadang Vaksin Perlu Disuntik Pada Paha, Bagi Kurangkan Risiko Radang Jantung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...