Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Emma Tidak Ada Kena Mengena Dalam Hal Ini – Zizan Razak

Kemelut antara Marina Juki dan Zizan Razak turut sama mengaitkan nama Emma Maembong di dalamnya. Emma dikatakan menjadi punca pertelingkahan antara Marina dan Zizan sehingga menyaksikan Zizan membekukan akaun bank syarikat tanpa pengetahuan rakan kongsinya itu. Baru sahaja pulang dari Jepun, Zizan kini tampil membersihkan nama kekasihnya itu daripada lumpur kemelut yang sedang melanda dirinya (amboi ayat).

zizan

Advertisement

Kata Zizan menerusi Berita Harian:-

Emma tidak ada kena mengena pun dalam hal ini. Beliau tidak tahu apa-apa berkaitan kerja saya, termasuk urusan syarikat. Sebenarnya pihak yang sibuk mencanang Emma sebagai punca segala-galanya hanyalah seorang dua. Mereka yang ‘berkokok’ itu pun bukan mengenali saya dan Emma, tetapi sesuka hati membuat tuduhan tanpa usul periksa.

marina

Ditanya mengenai tindakan rakan kongsinya dalam Wire Fame Entertaiment, Marina Juki yang membuat laporan polis kerana tindakannya membekukan akaun syarikat, Zizan berkata:-

Buat masa ini saya tidak boleh komen, lagipun saya baru saja pulang dari Jepun. Biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dulu. Cuma saya agak terkejut dengan tindakan Marina yang mengadakan sidang media sewaktu saya tiada di sini.

Advertisement

Fikiran saya masih waras. Saya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik. Apabila semuanya sudah selesai, saya sendiri akan panggil media dan jelaskan perkara sebenar.

zizan

Diharap Zizan meletakkan keutamaan nombor 1 untuk menyelesaikan kemelut ini. Bukan apa, Abang Nara lihat sedikit sebanyak kontroversi ini telah menjatuhkan reputasi Zizan. Sedikit sebanyak pasti ada impak lebih-lebih lagi di kalangan peminat yang selama ini menganggap Zizan sebagai artis yang jarang dilanggar kontroversi. Cepat-cepat jumpa Marina, cepat-cepat selesaikan persengketaan dan cepat-cepat umumkan persefahaman telah berjaya dicapai. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama