Dituduh Seleweng Wang Syarikat, Marina Juki Mohon Zizan Razak Tunjuk Bukti

Hiburan

Dituduh Seleweng Wang Syarikat, Marina Juki Mohon Zizan Razak Tunjuk Bukti

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik tindakan Zizan Razak membekukan akaun syarikat miliknya, Wire Fame Entertainment sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap artis di bawah naungan syarikat tersebut. Hari ini rakan kongsi Zizan iaitu Marina Juki tampil meminta pelakon itu mengemukakan bukti selepas didakwa oleh Zizan menyeleweng wang syarikat itu. Untuk makluman, Zizan memegang 70% saham dan Marina sebanyak 30% saham syarikat Wire Fame Entertainment.

marina juki

Advertisement

Zizan telah membekukan akaun syarikat bermula 4 Jun lalu tanpa persetujuan daripada Marina Juki. Kata Marina menerusi Mstar Online:-

Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.

Perkara ini membuatkan Johan As’ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.

Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional.

Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.

Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.

Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu

zizan

Pasti Zizan ada sebab dan buktinya tersendiri sehingga sanggup melakukan tindakan sebegini. Sekarang ini Zizan berada di Jepun dan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Diharap agar Zizan dapat menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu apabila kembali pulak. Kesian pula bila artis-artis di bawah syarikat Wire Fame Entertainment tak dapat gaji. Diorang pun nak hidup jugak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...