Ada netizen yang mengkritik Emma memainkan perasaan Kamal Adli yang semamgnya umum mengetahui sangat sayangkan Emma dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memikat beliau.
Tidak mahu namanya terus hangat dan menjadi mangsa komen negatif, Emma menerusi akaun Instagramnya telah menafikan gosip bahawa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Raf.
Dalam penjelasan Emma, beliau memberitahu bapanya dan arwah bapa Raf sememangnya berkawan baik sejak dahulu lagi. Malah, keluarga mereka sangat rapat dan Emma sudah mengenali Raf sejak beliau berusia 12 tahun lagi.
Berikut penjelasan Emma :-
Salam semua pagi ni emma tengok dekat blog semua keluar “emma sedang intim dengan raf yaakob”? Mcm ni la kalau tak tahu cerita jangan buat cerita dan fitnah. Arwah ayah abg raf dan ayah emma bestfriend . Emma kenal diorg sejak emma 12 tahun lagi. Bukan emma sorg semua family emma sekali. Diorg dah mcm family emma sendiri. Jadi kalau tak tahu apa-apa jangan fitnah. Kalau tak ada cerita jangan buat cerita. Oh yeah,kepada sapa yang comment buat cerita sendiri tu dan yang tuduh emma macam-macam, jangan risau emma dah maaf kan pon.
Sekarang Emma sudah memberikan penjelasan lanjut mengenai gosip berkenaan. Harapnya tiada lagi pihak yang salah anggap. Buat anda yang ingin melihat Emma bahagia dengan Kamal Adli, doakan sahaja yang terbaik untuk mereka berdua. Kalau ada jodoh tidak kemana.