“Emma Gigih Cari Tajaan Kahwin” – Cat Farish Dan Shikin Maembong Nikah 14 Julai, Nak Buat Majlis Besar-Besaran

Hiburan

“Emma Gigih Cari Tajaan Kahwin” – Cat Farish Dan Shikin Maembong Nikah 14 Julai, Nak Buat Majlis Besar-Besaran

Pasangan yang hangat dilamun cinta, penyanyi Cat Farish dan Shikin Maembong dilaporkan bakal mengakhiri zaman solo pada 14 Julai ini.

Kedua-duanya juga bakal diraikan dalam tiga acara berbeza termasuk majlis berinai dan bersanding tidak seperti perkahwinan mereka berdua bersama pasangan sebelum ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Dua perkahwinan terdahulu langsung tiada majlis bersanding dan hanya buat akad nikah sahaja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan.

Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebih teratur. Jadi Insyallah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu, 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding.

Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong turut meluahkan rasa syukur apabila adiknya itu bertungkus lumus merancang dan juga mencari tajaan.

Ujarnya lagi, beberapa tajaan seperti dewan untuk mengadakan majlis nikah dan pakaian pengantin sudah diperolehi.

Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya.

Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner.

Sekadar info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga bersama anak cef selebriti Chef Wan, Nadzri Redzuwan pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Dia juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Cat Farish sebelum ini bernikah dengan Suriani Hassan pada November 2020 namun bercerai pada Februari lalu. Penyanyi kumpulan Ruffedge itu juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada tahun 2016.

Kak Lina
2 years ago

"Asalkan Netizen Gembira" - Dikecam 'Try Hard' Sampai Tergolek Atas Pentas, Kak Lina Tak Ambil Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...