“Asalkan Netizen Gembira” – Dikecam ‘Try Hard’ Sampai Tergolek Atas Pentas, Kak Lina Tak Ambil Hati

Hiburan

“Asalkan Netizen Gembira” – Dikecam ‘Try Hard’ Sampai Tergolek Atas Pentas, Kak Lina Tak Ambil Hati

Elly Mazlein tampil memberi respon mengenai kritikan yang diterimanya mengenai insiden ‘bergolek’ ketika mengacarakan sebuah program hiburan baru-baru ini.

Kata Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina itu, dia tidak ambil hati dengan kata-kata negatif yang dilempar netizen terhadapnya.

Advertisement

Malah, dia gembira sekiranya kontroversi itu atau isu sensasi membabitkan namanya turut membuat netizen di luar sana gembira dan terhibur.

Meriah ya Kak Lina dengar di sosial media. Tak apa, Kak Lina tak ambil hati. Asal warga sosial media gembira, Kak Lina pun gembira juga.

Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan yang beraksi tergolek di atas pentas Big Stage kononnya sebagai protes dia tersingkir daripada program tersebut setelah mendapat dua markah daripada juri tetap, Ajai.

Berikutan aksi itu, segelintir netizen merasakan tindakan spontan Kak Lina sebagai tidak sesuai dan berlebih-lebihan apatah lagi statusnya sebagai wanita dan seorang ibu.

10 months ago

"Perlu Ke Turunkan Maruah Wanita Demi Populariti?" - 'Break Dance' Sampai Terkangkang, Netizen Malu Tengok Kak Lina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...