“Elok Minta Izin Dahulu..” Shahrol Shiro Tempelak Pelawak Tiru Watak Figura Terkenal Dalam Persembahan

Hiburan

“Elok Minta Izin Dahulu..” Shahrol Shiro Tempelak Pelawak Tiru Watak Figura Terkenal Dalam Persembahan

Pelawak Shahrol Shiro yang kini bergiat aktif dalam bidang politik berkata bahawa golongan pelawak dan penghibur seharusnya meminta izin tuan badan terlebih dahulu sebelum meniru sebarang watak terutamanya ahli politik dalam persembahan mereka.

Shahrol menyarankan perkara itu agar tidak menyinggung mana-mana pihak ketika ia dipersembahkan sebagai bahan lawak untuk tontonan awam.

Advertisement

Perkara tersebut diutarakan pelawak tersebut menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kata Shahrol, membuat persembahan dengan meniru watak seseorang itu tidak salah namun lebih manis jika didahulukan dengan meminta izin.

Advertisement

Dulu saya pun pernah tiru watak pelakon Nasir Bilal Khan dan sebelum itu saya mohon keizinannya terlebih dahulu. Tidak salah namun bimbang netizen dan penonton jadi kurang senang.

Dalam hantaran tersebut, Shahrol turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dia bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Ali, Mamak dan Vicha telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak untuk memohon maaf.

Terdahulu, kumpulan Puteh ada membuat persembahan dengan meniru gaya Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga ada yang mendakwa mereka telah mempersendakan figura politik itu.

Justeru itu, kumpulan lawak itu telah digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ujar salah seorang ahli kumpulan Puteh, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata dia bersyukur kerana kekhilafan mereka telah dimaafkan bekas Perdana Menteri itu dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih ‘content’ persembahan.

Shahrol Shiro Dira Abu Zahar
3 minggu lalu

Giat Berkempen Di PRN Melaka, Shahrol Shiro Sempat Luang Masa Bersama Datuk Dira Abu Zahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Boss Diaaaaaaaaaaaa

    November 19, 2021 at 2:45 pm

    butoh la geng umno ni.
    bila dia buat lawak pasal org lain okay.
    bila kena dkt dia marah pulak.
    dah la sendu bodo melayu

  2. Anonymous

    November 18, 2021 at 3:08 pm

    buat lg mintak maaf..
    buat lg mintak maaf..

    wat everrrr……

  3. Anonymous

    November 18, 2021 at 2:41 pm

    Nasib hang la BIJAN………

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...