Giat Berkempen Di PRN Melaka, Shahrol Shiro Sempat Luang Masa Bersama Datuk Dira Abu Zahar

Hiburan

Giat Berkempen Di PRN Melaka, Shahrol Shiro Sempat Luang Masa Bersama Datuk Dira Abu Zahar

Pelawak dan pelakon yang kini aktif menggiatkan diri dalam politik Malaysia, Shahrol Shiro dilihat sempat meluangkan masa bersama sahabatnya, Datuk Dira Abu Zahar yang khabarnya bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Shahrol Shiro
2 years ago

"Saya Tidak Menyebelahi Pihak Yang Melakukan Kesalahan.." - Shahrol Shiro

Advertisement

Maklum Shahrol, dia yang pada ketika itu berada di Melaka mengambil kesempatan untuk bertemu calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim yang kini sedang sibuk berkempen.

Menyifatkan Dira sebagai seorang yang cantik dan bijak, Shahrol memberitahu bahawa wanita itu masih mengekalkan sikap peramah dan juga rendah diri selain mudah didekati orang ramai.

Setibanya di Melaka terus berjumpa calon N35 DUN Rim Dira Abu Zahar. Perangai gila-gilanya tak pernah berubah tetapi senang didekati. Kesimpulannya dia bukan sahaja cantik tapi bijak. Semoga sukses Dira di sana, sentiasa ingat nawaitu yang selalu awak sebut untuk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera.

Dalam pada itu, Shahrol sempat mengajak penduduk kawasan DUN terlibat untuk memilih Dira sebagai wakil rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negeri Melaka.

Terdahulu, Dira menerusi sebuah hantaran di Instagram mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat di Rim, Jasin kerana ingin mengikuti jejak langkah Allahyarham bapanya, Datuk Seri Abu Zahar.

Ujar Dira, Rim, Jasin sangat dekat di hati kerana di sanalah dia membesar dan merupakan kampung halamannya sejak dari kecil lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...