“Elok Masuk PLKN..” – Jawab Peribahasa Asal Boleh, Pencarian Peserta HeroDewi Remaja 2023 Disangka Tiada Fungsi Jika Bahasa Melayu Pun Tak Reti

Hiburan

“Elok Masuk PLKN..” – Jawab Peribahasa Asal Boleh, Pencarian Peserta HeroDewi Remaja 2023 Disangka Tiada Fungsi Jika Bahasa Melayu Pun Tak Reti

Program realiti terkenal, HeroDewi Remaja 2023 telah menampilkan 16 orang peserta yang bakal bertanding dalam program tersebut. Sebagai pengenalan, sebuah video telah dimuat naik di laman TikTok memaparkan semua peserta yang menjawab satu soalan random berkenaan dengan peribahasa.

Akan tetapi, video yang awalnya sebagai pengenalan akhirnya bertukar menjadi ruangan kritikan netizen apabila didapati segelintir dari peserta tidak tahu asas peribahasa dan hanya jawab bersahaja.

Advertisement

Pencarian hero, dewi remaja untuk apa ye sebenarnya?

Elok masukkan je diaorang dalam PLKN.

@beautifulnara Yang tanya pun bagilah soalan senang sikit, kesian dekat dewi-dewi semua😏 #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #herodewiremaja2023 #dewiremaja #peribahasa ♬ original sound – Beautifulnara.com

Walaupun kebanyakkan netizen hanyalah berseloroh, namun tetap memberi imej buruk kepada barisan peserta yang baru sahaja ingin melangkah kaki ke dalam industri seni. Ramai juga yang menganggap mereka tidak layak untuk bertanding jika peribahasa mudah pun tidak tahu.

Namun begitu, program realiti tersebut masih menjadi salah satu program yang dinantikan peminat memandangkan sejarah program itu yang berjaya melahirkan ramai selebriti seperti Neelofa, Scha Al-Yahya dan Anna Jobling.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amsyar
7 months ago

Pergi Ujibakat Hero Remaja, Tapi Medsos Penuh Konten Tayang Kemaluan - "Kena Ada Contoh Baik, Kau Tu Separuh Bogel..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...