Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose menjadi perhatian orang ramai apabila dikatakan sering menjalinkan hubungan cinta yang tidak kekal lama.
Sebelum ini, Rose pernah menjadi bekas kekasih kepada penyanyi, Ismail Izzani dan anak tiri kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.
Terkini, pempengaruh berusia 24 tahun itu dilihat keluar berjalan-jalan bersama adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezrin Loy di pusat membeli belah, Pavilion
Menerusi video yang tular di laman TikTok, Rose dan Ezrin dilihat sedang berjalan bersama-sama menuruni eskalator sambil berbual.
Difahamkan, rakaman video itu dipercayai diambil oleh peminat yang terserempak dengan mereka berdua di pusat beli belah tersebut.
Susulan itu, timbul pula spekulasi yang mengatakan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.
@xtra_my Kiriman peminat XTRA yang nampak Sharifah Rose & Ezrin Loy jalan-jalan di Pavilion. ? Ada apa-apa ke diorang tu? ??? #fyp #xtramy #ezzrinloy #sharifahrose #keluar #sama #beritaditiktok #sembangentertainment
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun tidak pelik melihat mereka berdua memandangkan ramai yang mendakwa mereka sudah lama mengetahui mengenai hubungan pasangan itu.
Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa ini bukan kali pertama mereka melihat Rose dan Ezrin keluar bersama-sama.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan pelakon dan pempengaruh media sosial itu terlalu mudah untuk menukar pasangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.