Penyanyi Elly Mazlein menegaskan beliau  nekad tidak akan kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza 3 meskipun diserap masuk semula menggunakan kuasa imuniti yang menjadi milik Datuk Seri Vida.
Menurut Elly beliau sudah redha dengan apa yang berlaku dan mempercayai masih ada rezeki lain buat beliau diluar sana.
Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja.
Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini.
Apa yang membuatkan Elly sediah ialah semua perkara itu berlaku saat bapa beliau yang tercinta hadir untuk menyaksikan persembahan Elly buat pertama kali di GV3.
Sebenarnya, ini lumrah kehidupan. Akan ada pelbagai onak dan duri untuk kita tempuhi demi kerjaya apatah lagi jika berada didalam industri hiburan tempatan. Mungkin Datuk Ramli MS ada khilafnya dalam memberikan komen tetapi Elly juga seharusnya kekal tabah dan menjadikan komen itu sebagai pembakar semangat.