Nampaknya Elly memang bersungguh-sungguh dalam berkata-kata dan nampaknya beliau sudah hadir ke mahkamah untuk tuntutan hak penjagaan anak semalam.
Namun, yang menarik perhatian ramai adalah luahan ataupun muat naik Elly yang dipercayai seakan menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta yang lewat tiba ke mahkamah.
Bukan itu sahaja, Elly menerusi muat naik terbarunya itu juga “menegur†cara bekas suaminya itu berpakaian ketika hadir ke mahkamah.
Hmmph,benarkah Elly menyindir bekas suaminya? Apa-apa pun, kalau ada kes di mahkamah lebih baik untuk hadir tepat pada masanya dan mengenakan pakaian yang sopan serta menghormati mahkamah.