Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elly Mazlein Bakal Failkan Tuntutan Hak Penjagaan Anak

Sedang menikmati kebahagiaan bersama anak tercinta, Putri Sara Sefhia, penyanyi Elly Mazlein bakal memfailkan hak penjagaan anak sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku bersama bekas suaminya, Azmi Hatta.

Advertisement

Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak.

Meskipun memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tanpa kehadiran suami di sisi, Elly tetap merasa syukur kerana rezekinya kini lebih murah.

Pada masa yang sama, Elly memberitahu beliau ada mengupah dua orang jururawat untuk menjaga Sefhia ketika beliau bekerja.

Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya.

Apa yang dilakukan Elly adalah langkah yang cukup baik sekiranya berlaku sebarang masalah di masa hadapan, seorang ibu pasti tidak boleh berjauhan dengan anak tercinta bukan?

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top