Written by Bella | March 15th, 2017

Sering bergambar mesra dan menerima sejambak bunga ros merah daripada Sufian Suhaimi, ramai yang mempercayai pelakon, Elfira Loy sedang hangat bercinta dengan penyanyi tersebut. Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi yang timbul termasuk dakwaan mengatakan Elfira adalah punca Sufian putus cinta bersama bekas kekasihnya. Namun, hubungan mereka tidaklah serapat mana. Menurut Elfira, beliau dan Sufian hanya sekadar teman biasa.

Kami berdua hanyalah rakan biasa dan mula berkenalan sekitar sebulan lalu. Hubungan kami tidaklah begitu rapat seperti yang didakwa. Meskipun baru berkenalan, kebetulan hari lahir saya jatuh pada 8 Mac lalu dan dia telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah.

Saya memuat naik pemberiannya itu menerusi sebuah video di Instagram Stories dan peminat mula menyangka kami bercinta. Sufian seorang penyanyi dan mempunyai ramai peminat. Mungkin sebab itu setiap apa yang dilakukan meraih perhatian walaupun sekadar memberi bunga.

Elfira juga memberitahu beliau tidak pernah tahu mengenai isu Sufian putus cinta sehingga namanya juga turut terpalit dengan isu tersebut. Walaubagaimanapun, Sufian telah memohon maaf kepadanya secara peribadi.

Sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang perkara itu sehinggalah ia menjadi isu besar. Imej Sufian juga tercalar kerana dituduh lelaki jahat, sedangkan hubungannya dengan bekas kekasih sudah lama putus.

Secara tidak langsung saya juga terkena tempias dan Sufian telah memohon maaf atas perkara tersebut. Apa pun dalam perkara ini, kami bertiga sebenarnya tidak bersalah, sebaliknya menjadi mangsa keadaan.

Buat Elfira, beliau enggan terlalu memikirkan segala gosip dan  menganggap tidak salah untuk beliau berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kesian juga dekat Elfira kerana menjadi mangsa keadaan. Itulah, kadang-kadang foto mesra ini boleh mengundang pelbagai fitnah dan tafsiran yang berbeza.

Sumber Berita : Kosmo Online

39 responses to Elfira Loy Nafi Gosip Sedang Bercinta Dengan Sufian Suhaimi

  1. MISSING IN ACTION says:

    Tiga bulan putus cinta takde lah lama mana. macam senang sangat nak lupakan cinta 6 tahun tu. ishkk ishkk kesian ex dia nothing to him.

    51

    1
  2. Anonymous says:

    bersuap2…geli la weyyyy!!!

    33

    0
    • Anonymous says:

      Entahnya. Aku pun tak pernah suap kawan baik aku. Apetah lagi kawan biasa2 aja.

      33

      0
      • Anonymous says:

        yelah…imagine kita suap makan ngan rakan sekerja????yang sekadar kawan??? eeeee…tak hingin aku..ntah berus gigi ke tidak.

        37

        0
    • NANA says:

      kalo status ‘kawan biasa’ pon dah main suap2 siap dpt bunga bagai bygkan la kalo kapel. tapi bersangka baik je la..share gambar suap2 dgn kawan sejenis je la, tak de la jd fitnah.

      23

      0
  3. ash says:

    Adeeehhh Elfira
    asek statetment kawan biasa jer
    masih cari yg the best yer
    In Shaa Allah boleh jumpa
    tapi jgn la mainkan hati dan perasaan sesapa
    jarang2 kadang2 best fren lelaki bg bunga & makan suap2 ni
    dgn bes fren pompuan pn kita susah nk buat mcm tu

    33

    0
  4. senjakala says:

    kalau dh sah bercinta nantti jgn lak nafikan ya. aku pun ada kwn2 gini yg mesra bagai tapi memang tkda perasaan cinta. cuma sayang jer..biorkan lah mereka. doakan yg baik2.

    1

    4
  5. nad says:

    Elfira..ko tu cantik, kenapa mamat mcm ni jugak yang ko nak?? Famous ke dia? Kaya ke dia?

    5

    0
    • hakak says:

      i was thinking the same.
      el awk tu muka bole tahan manis. bkerjaya dan bjaya. eii.. laki bajet2 comel ni yg ko nk dik.. adeih.. lemah la! baim wong ok lg gagah sket hakak nengok..

      plss el.. klu tak suka, jgn buat2 suka. sian piannn.. sian lg ex-gf pian tu haa..

      33

      0
    • Elforo says:

      Elfira kamooon….find a better looking guy! Hensem tidak buruk pun tidak , biasa biasa aja mamat ni. Cari la yg ada karekter sikit kau tu cantik gila elfira, an established actress pun ya. adoila. Never settled for a below an average Joe ! Never! You are still young. Pi la cari yg International , Indonesian pun takpe.

      3

      5
  6. M says:

    Pian baru nak cucuk jarum la tu. Kawan biasa Iolls bersepah tapi jangankan 23 kuntum, tangkai bunga pun Iolls tak pernah dapat. Haha. Kawan bagi bunga banyak2 kat kawan selalunya nak more than kawan. Elfira baik, tak pernah ada gosip murahan. Please jangan tersangkut dengan kontroversi rampas merampas ni.

    11

    0
  7. Anonymous says:

    Aku menyampah tengok diorang berdua ni.

    Hari tu tengok Melodi pun statement Elfira ntah hapa hapa. “Sufian selalu ada dengan saya sebab mak saya suruh dia ikut sekali”. Itu bukan maknanya korang memang tengah bercinta ke bongok??

    37

    0
    • Nyampah says:

      Boleh kata b**** jugak ye sebab benarkan ank perempuan dijaga oleh lelaki bukan muhrim.adik dia kan ada?apa?pian tu masuk industri sbb nk jg hg ke epira oi.bajet sgt.

      17

      0
    • Nyampah says:

      Wowww pian ni soleh jugak ye.dengar cakap mak si epira ni.menurut jela kn mak epira suh suh membontot epira tu kemana2.cakapa mak ko,ko dengar x pian?

      9

      0
  8. biarbetik says:

    Bukan bercinta tapi suap2…klau kita tak minat mesti tak mau suap2…Baim manis2 kejar tak mau…ni mamat muka nerd ni…adoi…klau nerd mcm “Big Bang Theory” scientist…astronaut takpe…klam kabut cari yg merepek…seriously merepek taste

    4

    1
  9. el says:

    Hipokrit

    1

    0
  10. Anonymous says:

    xkisah la asalkan bukan kisah gay n lesbian hahaha

    0

    0
  11. Meluat says:

    Tu kte ko..cer tnye jntan tu,tnggu green lght dr ko je.ni la retis2 msia..suma nfikn,kwan biasa knon tup2 pgi luar ngeri cuti sma2,pgang tgn dn ni blh suap mnyuap pulak.jd la mcm jep,mat dan.dh ske kwin je,klu x ske jgn jmpe lgsung.meluat tau

    4

    1
  12. kening tebal cacing says:

    kawan la sangat.. kalo kawan takde nak suap-suap bagi bunga 23 kuntum macam tu elfira oi.. mamat tu da buta sebabkan ko sanggup tinggalkan awek.. DASAR PERAMPAS !!

    4

    1
  13. Fara says:

    Dulu suka jgk tgk die blakon…tp lepas baca statement kt ats terus xsuka…ckp mcm ex tuh yg wt cter sampai ckp “imej pian pn tercalar dan dituduh jahat sedangkan dorang dh lama putus”.3bulan bkn tempoh yg singkat nk lupakan segala kenangan spnjang 6thn….melainkan kita ni jenis suka brtukar2 pasangan…mmg xkisah lah…

    9

    0
  14. Cik bunga says:

    La, korang tak taw ke si pian ni suke gila dekat el ni. Kalau aq jadi laki pon, aq suka el ni. Korg x yah buat kecoh, si pian tu baru je bercinta, belum kawin lagi.biar la dia tentukn hala hidup dia, biaq la dia nk kawin dengan sesiapa pon.

    1

    2
  15. Anonymous says:

    serius…geli tgok muke jantan ni

    4

    0
  16. jjay says:

    Mana2 ko la elfira .
    dua2 menggatal

    3

    0
  17. Anonymous says:

    sapa mamat ni? mcm bdk acc ofic aku je

    2

    0
  18. Anonymous says:

    watevah

    0

    0
  19. apexx says:

    Emmm tgk muka dorg ni mcm budak sekolah tgh bercinta

    5

    0
  20. minah leter says:

    yg betina gedik..yg jantan syok sendiri… hahahaha

    5

    0
  21. Anonymous says:

    Elfira sendu

    1

    0
  22. xxx says:

    poyo je mamat ni

    1

    0
  23. loyalmalaysian says:

    lelaki muka mcm ni byk fikiran dia ni…jgn percaya…jgn layan

    0

    0
  24. k says:

    sudah lama putus? waddehek punya laki
    kemain pickupline lagi dgn el bila dia still ngan ex dia

    1

    0
  25. Malas says:

    Sorang lagi artis bertudung tapi gedik mengalahkan yang freehair

    0

    0
  26. sentap says:

    tergedik2 bergambar suap bagai…pastu baru nak nafi bcinta…dah la ko tu dah suam pun…beauty la sgt…

    1

    0
  27. Anonymous says:

    sampai hantar bunga depan rumah x rapat apanya..

    1

    0