Written by serenity | March 10th, 2017

Sejak beberapa hari lepas nama Sufian Suhaimi menjadi viral di Twitter kerana dia dikatakan meninggalkan kekasihnya untuk mengejar cinta pelakon cantik Elfira Loy. Bermacam-macam pendapat dikeluarkan dan ada yang menganggap Sufian seorang yang ‘lupa diri’ kerana meninggalkan seorang yang telah bersamanya di waktu dia masih belum dikenali untuk bercinta dengan seorang selebriti.
C6hgNsVWsAAmllm

Bagaimanapun, kepada mStar Online, Sufian menafikan dia meninggalkan bekas kekasihnya kerana Elfira, malah dakwanya hubungan mereka sudah putus beberapa bulan lalu dan sebabnya ialah hal peribadi yang tidak boleh diceritakan.

Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri.

Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi.

Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen.

Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan.



17125483_1897317870544818_4654775582767185920_n

Rapatnya mereka kini, Sufian dilihat meraikan ulangtahun kelahiran Elfira yang 23 semalam dan juga telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah buat Elfira sempena hari lahirnya itu.


Sebelum ini, belas kekasih Sufian yang hanya diketahui dengan nama Izyan telah menulis Insta Story menggambarkan kekecewaanya setelah Sufian diviralkan memberi hadiah bunga ros tersebut kepada Elfira.

Menurut teman sebilik Izyan ketika di universiti melalui Twitter:

Pian tidak pernah beri Izyan bunga selama ini.

Instagram Izyan kini juga telah diletakkan dalam mod peribadi.

Sementara itu, seorang sumber yang dekat dengan Sufian dan enggan dinamakan memberitahu BN hubungan cinta Sufian dengan kekasihnya yang sudah terjalin empat tahun lamanya iaitu sejak Sufian dan bekas kekasihnya belajar di sebuah universiti sebenarnya sudah putus tiga bulan yang lalu.

Menurut sumber itu lagi:

Sufian hanya rapat dengan Elfira sejak sebulan lebih yang lalu. Sebenarnya, bekas kekasihnya yang masih belum move on.

-beautifulnara.com

85 responses to Sufian Suhaimi Nafi Putus Cinta Kerana Elfira Loy, Bekas Kekasih Belum Move On?

  1. vroom says:

    hodoh lah laki ni cm anak elly mazlein.. aku jd ex gf dia pun x nyesal ditinggalkan.. jgn marah, jgn kecam..

  2. mak jah says:

    sama je gatal dua2 ekor ni. si elfira pun sibuk gi post kt story dia gambar mengundang tu dah kenapa.pastu dah viral mula la nak nafi la hape la. sendiri cari pasal sendiri gelabah hayam. dlu dgn mamat indon gigih si indon tu datang sambut birthday.birthday tahun ni mamat nerd ni pulak.tahun depan jantan mana pulak dia nak layan. pftt attention seeker famous sebab dikepit jantan2 je

    • Mimi says:

      Apa yang salah dengan ramai kawan ?
      She’s loved by many of her friends, so what?
      Kalau selang sejam ada bunga sampai pun its her life kot.

  3. JIMBO says:

    Skang ni ex ko move on ke tak sape yg pedulik! La ni kau ngan Elfira ni sape? Please la. Takde sape nak dengar cite cintan cintun korang. Sufian, ko kalo nak jd penyanyi, fokus elok2. Belajar seni muzik, buat 3-4 album. Elfira pon, asah lagi lakonan. Ni tak, dah lama dalam industri pun, terkial2 lagi nak berlakon. Produk takde, so up la cite cantas mencantas cinta orang. Kawin pon belom, lagi nak sembang. Poodah!

    • Nano says:

      Setuju bangat dah lama dlm industri tapi ngan Janna pun tak leh nak tanding desperado… SS sila masuk kelas vokal.. Nyanyi live ke laut

  4. Farah Alina says:

    Siasat dulu baru sebarkan berita.. huhu..

  5. hoooo says:

    alahaiiii, bendi ni pun isu ke?
    dik orang kahwin pun kena tinggal dik.
    ni lagi boipreng girlpreng. berlambak orang putus cinta dik…
    selagi belum ade akad dalam nikah tak payah letak 100% sangat.
    tak payah beria lah nak frustrated sangat.

    yang kawan pun melebih nak femes letteww..

  6. jjay says:

    aku faham betul perasaan ex SS ni..:((
    Sakit nya tu di sini ..

  7. Sakura says:

    Muka nerd biasa lah, lg bhya. Jnis x setia, curang, kuat tipu. Bro nasir, sara , terima ksih atas segalanya. Kifarah Allah sentiasa ada. Bhagia atas derita org lain.

  8. Anonymous says:

    nk termuntah aku tgk muke ex dia…..bibir cam kne gigit dgn lebah…kahkah…move on laa dik oiii….pian tu tgk muke ko pn x berselera…lain kali nk cari laki biar laki tu y terhegeh kat kt bkn kt y terhegeh kat dia…bl dh kene tggl nk meroyan…ntah ape agaknye si pian ni kutuk ko kat kwn2 die…

  9. hakak says:

    bio la dy nak berkawan dengan sape pun. watlek watpis sudaa.. move on je laaa

  10. Crissy says:

    It seems so healthy to have such extensive discussion about a traumatic time. I think people who are reading about this transition and talking about this transition have the poislbsiity of discovering the positives and helping each other gracefully through the negatives. I enjoyed your post.

  11. With this recent update I have now officially become a Bing search user. I'm getting Thai and Chinese search results in Google.com. I just searched for a real estate query in the US and am getting Australian results. I have never seen results this poor and irrelevant.Bye bye Google.

  12. 0hAj4 says:

    555067 3920quite good post, i surely enjoy this remarkable internet site, persist with it 583754