Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu ustazah Asma Harun ada memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya mengenai ciri-ciri wanita yang tidak sesuai untuk dikahwini oleh kaum lelaki.
Menurut ustazah Asma, dia meminta agar kaum lelaki memilih calon isteri baik-baik agar tidak menyesal di kemudian hari.
Di dalam perkongsiaannya itu, terdapat enam jenis sikap wanita yang sebaik-baiknya dihindari serta di elakkan oleh kaum adam untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
1. Annanah – Wanita yang selalu mengeluh dan mengadu masalah yang di hadapi secara berlebihan.
2. Mannanah – Wanita yang perangainya suka mengungkit jasa baik pernah dilakukan oleh mereka terhadap orang lain.
3. Hannanah – Wanita yang suka menceritakan kelebihan lelaki lain di hadapan suami sendiri.
4. Haddaqah – Wanita yang boros berbelanja tanpa mengambil kira mana satu kehendak dan keperluan.
5. Barraqah – Wanita suka menghiaskan dirinya secara berlebihan di khalayak umum.
6. Syaddaqah – Wanita yang berlebihan apabila berucap.
Di akhir perkongsiaan hantaran terbabit, ustazah Asma turut berharap agar apa yang dikongsikan ini dapat membuka peluang kepada kaum hawa bermuhasabah diri agar dapat menjadi isteri yang menyenangkan hati sang suami serta ibu yang baik kepada anak-anak di masa akan datang.