Written by AbangNara | August 26th, 2019

Setelah dikritik teruk oleh netizen apabila babaknya berpegangan tangan dengan netizen di dalam drama Kau Yang Pertama ditayangkan, Fikry Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang kenyataannya sebelum ini yang enggan menyentuh wanita di dalam drama lakonannya. Menurut Fikry, apa yang dikatakannya sebelum ini telah disalaherti sehingga menyebabkan ibu bapanya turut sama terlibat di dalam kekecohan ini.

fikry ibrahim

Menurut Fikry, dia berjanji akan cuba mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon wanita, bukannya TIDAK menyentuh langsung. Terang Fikry:-

Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung. Namun begitu, saya terima segala pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka, dapat juga dijadikan iktibar buat saya di masa akan datang

fikry ibrahim

Tidak dinafikan agak sukar untuk melakonkan watak romantik tanpa aksi bersentuhan, namun ia bukanlah satu perkara mustahil. Ramai pelakon lelaki yang telah berjaya melakukannya. Senang cakap, kalau kita betul-betul nak menjaga bab ini, ia boleh dilakukan dengan kerjasama daripada semua pihak. Yang penting sama ada kita mahu atau tidak sahaja. Semoga selepas ini Fikry Ibrahim akan cuba untuk memenuhi janjinya. Sama-sama kita nantikan. Sumber Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to “Elak Sentuh Wanita, Bukan Tak Sentuh Langsung”, Fikry Ibrahim Perjelas Kenyataannya Sebelum Ini

  1. Anonymous says:

    Tak minat! Next!

  2. Anonymous says:

    Tak minat drama ini bukan sebab fikry sentuh perempuan tapi sebab ada shila tasha yg sangat hipokrit… konon nak taubat lepas tu telanjang balik… tak akan sokong retis pembohong

  3. bijan says:

    kalau dah artis tu artis jugak la. x de yang jujur & nak mengaku kesalahan sendiri. bila dah buat salah akan pusing baik kenyataan yang dia dah bagi. konon org yang salah anggap. dulu aku ingat dia ni lain dari artis lain. baik sikit la. tapi sama ja sebenaqnya..

  4. WickEd says:

    May 18th 2018 BeautifulNara…
    “Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham. Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu. Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba. Fikry juga mempunyai prinsip untuk tidak melakonkan sebarang babak bersentuhan dengan pelakon wanita. Bagusnya Fikry ada pendirian sendiri dan mencuba yang terbaik untuk mengelak daripada membuat ataupun menanggung dosa orang lain”…padan muka korang budak ni cam real dulu korang agungkan dia…wahkakahkah

  5. apis says:

    what kind of statement ni??maksudnya akan sentuh kalau perlu??

    wtf man…u dont have to sentuh2 wanita to be famous bro

  6. monamona says:

    saharul rizwan blh je sentuh tudung syatilla melvin dlm citer selafaz cinta.xperlu sentuh anggota bdn pun.emmmm

  7. monamona says:

    saharul rizwan blh je sentuh tudung syatilla melvin dlm citer selafaz cinta.xperlu sentuh anggota bdn pun.emmmm

  8. anonymous says:

    tak minat lakonan sterotype

Tinggalkan Komen Anda Di Sini