Elak Penyakit Ain, Nazrief Nazri Enggan Kongsi Wajah Dan Nama Anak

Hiburan

Elak Penyakit Ain, Nazrief Nazri Enggan Kongsi Wajah Dan Nama Anak

Setelah lebih dua bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Nazrief Nazri khabarnya masih belum bersedia untuk memperkenalkan identiti serta wajah anaknya itu kepada umum.

Nazrief Nazri dan Isteri
4 bulan lalu

Dituduh Suap Makanan Pantang Tidak Halal Pada Isteri, Nazrief Nazri Bengang, Akui Masih Waras

Advertisement

Jelas Nazrief, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perihal keluarga termasuklah anak sehingga tiba masa yang sesuai untuk melakukan demikian.

Katanya lagi, cukuplah peminat mengenali anaknya itu sebagai ‘baby Noah’ di laman sosial.

Selain ingin menjaga privasi keluarga, Nazrief menjelaskan bahawa sebab dia ingin merahsiakan nama penuh anak kerana ingin mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain.

Advertisement

Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik). Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby. Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!”

Sekadar info, penyakit ain adalah penyakit mistik yang berpunca daripada pandangna mata orang-orang yang iri hati dan mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Terdahulu, Nazrief dan isteri Aizatul Aqma Hamdan telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2018 dan telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    September 15, 2021 at 5:50 pm

    dah akhir zaman ni manusia makin berfikiran x waras… x tau ke dosa berbuat sihir tu hukumnya SYIRIK.. Syirik tu kan menyekutukan Allah.. antara dosa2 besar..nauzubillahiminzalik..

  2. Anonymous

    September 15, 2021 at 3:13 pm

    Wa’alaikumussalam.

    Bukan semua sakit aneh ni sihir atau santau…

    Saya khidmat dgn Habib Muhammad al Jufri, bnyk jumpa kes orang yang sebenarnya sakit sebab kena ain, tok bomoh dok kata sihir smpai ke sudah. Itu yg berubat tak lega lega, sebab ubat tak kena dengan penyakit.

    Bila mari pada orang yg benar benar ahli. Sekali pandang dah tau ain bukan sihir atau saka…

    Diberi amalan yg sedikit alhamdulillah sembuh…

    Antara amalan pendiding dari terkena ain adalah melazimi surah Al Mulk setiap malam.
    Rahsia dia pada ayat ke 4:
    ????? ??????? ????????? ??????????? ????????? ???????? ????????? ???????? ?????? ???????.

    Dalam hidup kita, kita kena tahu , bukan semua orang yang senyum tengok kita senyum tu, benar benar senyum gembira.

    Begitu jugak, bukan semua orang yang like atau love atau care kita punya status dan posting gambar gambar kita tu memang benar benar suka, atau kasih, atau caring pasal kita.

    Kena sedar, memang begitu dah sunnah kehidupan ni.

    Tak letak gambar dengan isteri isteri dan anak anak bukan beerti hidup tak bahagia.

    Dan bukan semua orang yang dok upload selalu tu hakikatnya memang bahagia sentiasa…

    Cc: Akmal Hadi

  3. Syasya Dolla pak pung pak mustafe

    September 15, 2021 at 2:30 pm

    maaf. kmi x knl. so x pyh tunjuk pun x pe.. loser

  4. Anonymous

    September 15, 2021 at 12:40 pm

    ye la.. kalu cmtu stop la viral2 pasal ank ko. org pn x heran pn ko ni simpan ke nk.. xnk tunjuk ke ape ke. sb semak kt wall beutifunara ni. kalu xnk tunjuk dh.. xyah kua cite2

  5. confuse

    September 15, 2021 at 12:02 pm

    assalamualaikum,

    ada sesiapa boleh jelaskan psl sakit ain ni ke?

    org yg tgk gambar akan hantar ain pd org yg upload gambar ke?
    org yg tgk gambar tu tau ke ain dia pergi kepada empunya gambar tu?
    dia berlaku secara kasual ke atau mcm mana? kita tgh tgk2 gambar, tiba2 ain kita pegi kt org lain? boleh kawal ke tak?
    ain tu milik yg tgk gambar ke?

Leave a Reply to Syasya Dolla pak pung pak mustafe Cancel reply

Loading...