Elak Penyakit Ain, Nazrief Nazri Enggan Kongsi Wajah Dan Nama Anak

Hiburan

Elak Penyakit Ain, Nazrief Nazri Enggan Kongsi Wajah Dan Nama Anak

Setelah lebih dua bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Nazrief Nazri khabarnya masih belum bersedia untuk memperkenalkan identiti serta wajah anaknya itu kepada umum.

Nazrief Nazri dan Isteri
3 years ago

Dituduh Suap Makanan Pantang Tidak Halal Pada Isteri, Nazrief Nazri Bengang, Akui Masih Waras

Advertisement

Jelas Nazrief, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perihal keluarga termasuklah anak sehingga tiba masa yang sesuai untuk melakukan demikian.

Katanya lagi, cukuplah peminat mengenali anaknya itu sebagai ‘baby Noah’ di laman sosial.

Selain ingin menjaga privasi keluarga, Nazrief menjelaskan bahawa sebab dia ingin merahsiakan nama penuh anak kerana ingin mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain.

Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik). Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby. Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!”

Sekadar info, penyakit ain adalah penyakit mistik yang berpunca daripada pandangna mata orang-orang yang iri hati dan mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Terdahulu, Nazrief dan isteri Aizatul Aqma Hamdan telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2018 dan telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...