Kalau sebelum ini teruk dikecam netizen dek terpalit dengan kontroversi suka kepada pelakon, Aliff Aziz yang juga merupakan suami kepada Bella Astillah, kini Sophia Al-Barakbah dikatakan sudah bahagia dengan teman lelaki baru.
Pelakon baru tersebut tidak menyorokkan lagi status hubungan bersama pasangan yang dikenali sebagai Mr Doctor.
Baru-baru ini, difahamkan Sophia hadir ke majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur bersama Mr Doctor.
View this post on Instagram
Sophia berkata dirinya terbuka jika teman lelaki mahu menemaninya hadir ke mana-mana acara hiburan dan mengikut keselesaan Mr Doctor.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Mr Doctor sudah bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai serta tempias dengan populariti, pelakon itu sama sekali tidak berasa risau kerana tahu teman lelaki seseorang yang mempunyai karakter tenang.
Dia okay dan cool je. Sepanjang kontroversi yang berlaku ni, dia sentiasa cool je. Dia lebih memikirkan tentang pesakit dia daripada perkara lain.
Bahkan, sewaktu kontroversi ‘panas’ yang berlaku melibatkan aktor, Aliff Aziz sebelum ini sama sekali tidak menghilangkan kepercayaan kekasih terhadap dirinya.