“Kami Dah Kenal Lama” – Sophia Albarakbah Hangat Bercinta Dengan ‘Mr Doktor’, Akan Dedah Kekasih Lepas Nikah

Hiburan

“Kami Dah Kenal Lama” – Sophia Albarakbah Hangat Bercinta Dengan ‘Mr Doktor’, Akan Dedah Kekasih Lepas Nikah

Pelakon yang mencetus kontroversi, Sofia Albarakbah berkata dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr Doktor.

Aktres jelita itu walaubagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai kekasih hatinya itu serta perancangan perkahwinannya.

Advertisement

Dia bukan orang dari dalam industri, tapi seorang doktor. Bagi saya sendiri pun tak suka kongsikan terlalu banyak. Tapi kalau dah kahwin nanti, saya akan perkenalkan kepada semua.

Sofia yang ditemui Harian Metro turut memohon doa peminat agar segala perancangan yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar.

Dalam pada itu, Sofia juga menjelaskan bahawa dia dan kekasih hati sudah kenal lama dan bersyukur kerana ‘Mr Doktor’ sangat memahami kerjayanya sebagai pelakon.

Kami dah lama kenal dan dia memahami kerjaya saya. Dia adalah antara orang yang sentiasa menyokong serta memberi semangat buat saya. Saya bersukur sangat.

Terdahulu, Sofia Albarakbah menjadi tumpuan warga maya apabila dia dikatakan cuba untuk menjalinkan hubungan mesra bersama suami Bella Astillah, Aliff Aziz ketika mereka berdua terlibat dalam sebuah penggambaran drama iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

1 year ago

"Kenapa Lari Tadi?" - Tak Hadir Sidang Media, Bella Astillah Persoal Sophia Albarakbah

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...