Ekspresikan Budaya Malaysia, OPPO Tawar Hadiah Sehingga USD24,000

Branded

Ekspresikan Budaya Malaysia, OPPO Tawar Hadiah Sehingga USD24,000

Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri. Mana lagi untuk kita dapati sebuah negara yang begitu kaya dengan seni, budaya dan warisan dari berbilang kaum berbeza di bawah satu bumbung?

Sempena ulang tahun ke-10 di Malaysia, OPPO mengumumkan matlamat meraikan budaya Malaysia ini melalui teknologi imej dan kecerdasan buatan (AI). Paling penting, inisiatif ini juga disokong Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC).

Ketua Pemasaran OPPO Malaysia, Monica Chin, menekankan kepentingan budaya yang menghubungkan masa lalu dengan masa depan kita dan cara generasi muda hari ini mampu menafsirkan dan menikmati warisan melalui teknologi, termasuk AI khususnya. 

Kerjasama dengan SKUM dan MOTAC

“Sebagai jenama yang teguh percaya pada peranan teknologi, kami teruja untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) dan untuk menonjolkan kisah budaya Malaysia sambil menceritakannya melalui lensa dan imej mudah alih. Kami telah melabur dalam teknologi imej dan kami akan sentiasa membangunkan penemuan baru. Kami berharap dengan adanya inovasi AI yang disediakan dalam telefon pintar kami, pengguna boleh membentuk semula pengalaman mereka dan meluahkan kreativiti tanpa batasan, menangkap detik-detik budaya ini melalui lensa mereka,” kata Monica Chin. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing berkata, “Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya amat berbangga berkerjasama dengan OPPO dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan menjadi sebahagian daripada kempen OPPO Malaysia Through the Lens. Penggunaan teknologi OPPO ini dapat dikongsikan kepada dunia tentang amalan dan sejarah budaya yang lebih mendalam. Kerjasama ini juga dapat memaparkan kekayaan budaya Malaysia dan mencapai misi negara untuk meraikan dan memlihara wariasan budaya.”

Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, YB Fadhlina Sidek berkata, “Dalam Persidangan Agung ke-42 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diadakan pada November 2023, Malaysia telah berkongsi di pentas dunia akan usaha-usaha Malaysia dalam memulihara dan memelihara pakaian tradisional kita dalam mendukung agenda UNESCO dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Melalui inisiatif OPPO ini, kami berharap untuk mempromosi pelbagai seni tradisional dan warisan budaya milik Malaysia, dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia  mendukung inovasi-inovasi teknologi sebagai medium yang memelihara kepelbagaian budaya bagi generasi akan datang.

Bukan yang pertama, tapi yang terbaik

Dalam kelasnya, OPPO adalah jenama yang mempopularkan AI. Dengan bantuan teknologi terkini, pengguna telefon pintar OPPO dapat meneroka sisi baru penggunaan peranti itu dengan memanfaatkan setiap fungsi dan ciri.

Peranti OPPO bukan yang pertama tapi yang terbaik dalam dalam menghasilkan kandungan janaan kecerdasan buatan (AIGC).

Pengguna boleh mencungkil kreativiti masing-masing dengan pengimejan mudah alih dengan penambahbaikan perkakas pengimejan terbaru.

Selepas siap OPPO Binhaiwan IDC pada 2023 serta AI Centre pada 2024, OPPO komited melabur secara strategik untuk jangka masa panjang.

Dari situ, OPPO sedikit demi sedikit menjadi institusi AI yang paling berkaliber dalam industri.

Perkenal 5 seni budaya Malaysia

Kempen #OPPOMalaysiaThroughTheLens juga akan memperkenal 5 seni budaya Malaysia kepada segenap lapisan masyarakat bagi lebih mengenali setiap satu darinya.

Wayang kulit

pak dain wayang kulit

OPPO memperkenalkan wayang kulit di mana tok dalang Pak Dain dan penggiat seni ini, Tin Toy bergabung memelihara tradisi budaya tinggalan nenek moyang ini. 

Klik sini untuk menonton video:

Tarian Ngajat

tarian ngajat

OPPO juga akan menerokai seni tarian Ngajat, simbol warisan warga Sarawak. Kali ini, Dion Das Louis yang berumur lapan tahun mengambil tanggungjawab mempelajari seni ini untuk memperluaskan budaya tarian Ngajat kepada generasi seterusnya.

Klik sini untuk menonton video:

Seni Magagung 

seni magagung

Sekumpulan anak muda Kadazan yang berusaha dalam perjalanan mereka untuk mengekalkan upacara dan amalan tradisional, menghubungkan warisan mereka di tengah-tengah alam semula jadi dengan seni Magagung.

Klik sini untuk menonton video:

Dondang Sayang

dondang sayang

Di bandaraya Melaka Bersejarah, tradisi lama Dondang Sayang berkembang dalam empat komuniti yang berbeza – Melayu, Baba Nyonya, Chitty, dan Portugis.

Bagi siri dokumentari keempat ini akan mengeksplorasi gabungan antara muzik, lagu, dan puisi, yang mencerminkan semangat perpaduan dan kekayaan budaya dalam komuniti ini. 

Opera Cina

OPPO juga tidak ketinggalan menelusuri warisan Opera Cina di Pulau Pinang. Berkat usaha pengkarya seni ini, Ling Goh, aktiviti seni ini masih berkembang sehingga kini.

Filem dokumentari ini akan menyelami dunia Opera Cina yang menarik, mengeksplorasi kepentingan budaya dan pemahaman lintas budaya, menekankan daya tarik yang kekal di Opera Cina dan maknanya dalam lanskap budaya Pulau Pinang. 

Cerita budaya Malaysia dengan imagine IF

imagine if

OPPO kembali dengan Anugerah imagine IF 2024 khas untuk peminat fotografi mudah alih. Jom sama-sama ekspresikan cerminan budaya tempatan dengan foto budaya Malaysia menerusi Anugerah OPPO imagine IF Fotografi dan berpeluang menang sehingga USD24,000!

Terdapat 9 kategori berbeza seperti Landscape, Portrait, Colours, Unfading Moment, Fashion, Snapshot, Light, Travel, dan Collection.

Anugerah OPPO imagine IF Photography 2024 kini dibuka untuk penyertaan sehingga 28 Julai 2024 pada jam 24:00 UTC+8. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi acara di https://bit.ly/imagineIF2024

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...