Lebih Kuasa & Lebih Storan, OPPO A92 Dengan Harga RM1199. Sangat Berbaloi Untuk Dimiliki

Hiburan

Lebih Kuasa & Lebih Storan, OPPO A92 Dengan Harga RM1199. Sangat Berbaloi Untuk Dimiliki

OPPO A92 adalah telefon pintar terbaru yang memperlihatkan komitmen 100% syarikat ini kepada pengguna muda di seluruh dunia dalam menawarkan sesuatu yang istimewa di samping mempertingkatkan mutu kehidupan kesenian teknologi. OPPO ingin memastikan pengguna A92 dapat mengatur jalan mereka sendiri menerusi motto “Live My Way” menerusi rekaan yang bergaya serta teknologi canggih, yang pastinya menyemarakkan lagi “A-Moment” mereka.

Advertisement

Banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi OPPO A92 ini yang menjadikan ia salah satu telefon pintar yang amat berbaloi untuk dimiliki. Antaranya ialah:-

Fotografi

48MP Quad Kamera

Dengan kamera belakang utama 48MP, OPPO A92 mempunyai kemampung untuk mengambil gambar dengan resolusi tinggi, mengabadikan lebih banyak perincian dan sudah pasti, gambar yang lebih jelas untuk tatapan anda.

Selain itu kehadiran aperture sebesar F1.7 membolehkan kamera OPPO A92 menangkap lebih banyak cahaya, maka gambar yang diambil sama ada siang atau malam adalah lebih jelas, terang dan sempurna.

Ultra Night Mode 2.0

Dijana dengan aperture yang besar, pilihan Ultra Clear Night Mode 2.0 menggabungkan teknologi untuk mengoptimumkan prestasi secara berkesan dalam pengurangan kebisingan, anti goncangan, penekanan sorotan, dan peningkatan julat dinamik. Kalau dalam bahasa mudahnya, waktu malam pun gambar korang akan super duper cun melecun macam contoh gambar di atas apabila menggunakan OPPO A92.

Nak ambil gambar potret pada waktu malam? Taka da masalah kerana Ultra Clear Night Mode 2.0 ini akan melaraskan cahaya pada wajah, untuk memastikan ia tidak terlalu terang atau terlalu gelap. Jadi kekacakan/kejelitaan wajah anda tetap akan terserlah walaupun pada waktu malam.

Selain itu, kanta sudut lebar lebar menyokong pemandangan malam yang sangat jelas dan mengambil gambar yang lebih baik dalam pemandangan yang luas dan kekurangan cahaya. OPPO A92 memang sesuai untuk anda yang suka keluar waktu malam. Setakat nak ambil gambar KLCC tue, memang no problem at all.

Videography

119° Ultra Wide Angle + 4k Video Shooting dan Anti-Shake

OPPO A92 menyokong rakaman video berkualiti tinggi 4K dengan teknologi Anti-Shake yang memberikan video lebih tajam dan lebih stabil. Selain itu, OPPO A92 juga hadir dengan video sudut lebar baru dan fungsi video gerakan perlahan 120fps yang memudahkan anda untuk merakam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Makin meriah la Instagram, Facebook dan TikTok anda dengan pelbagai video kelakar, sempoi dan awesome yang diambil dengan OPPO A92 nanti.

Skrin

Paparan skrin Neo 1080P yang memberikan pengalaman visual terunggul

OPPO A92 hadir dengan ratio screen-to-body sebanyak 90.5%, sekaligus menjanjikan lebih keseronokan dan keasyikan apabila menonton video atau bermain game. Dengan skrin saiz sebesar 6.5 inci, OPPO A92 hadir dengan resolusi sebesar 2400×1080 dan 405 PPI ketumpatan piksel yang melebihi had pengecaman mata manusia, sekaligus memastikan paparan yang sangat jelas. Setakat layan Netflix tue memang tak ada masalah. Macam tengok dalam wayang!!!

Rekaan

Rekaan penuh inovasi dan paling penting, SELESA

Menerapkan rekaan Constellation Design yang diinspirasikan oleh Polar Regions, bahagian belakang OPPO A92 menampilkan perubahan yang berlaku di langit seperti pertukaran siang ke malam, kehadiran galaksi Bima Sakti serta tarian Aurrora pada malam yang penuh kesunyian. Senang cakap, sekali tengok memang anda akan terpukau dibuatnya.

Selain itu, keempat-empat kamera OPPO A92 disatukan dan disusun untuk membentuk huruf C, di sepanjang garis cahaya yang akan berkilau dengan setiap pergerakan. Rekaan ini seolah-olah sama dengan buruj yang bersinar terang di langit pada waktu malam. Memang memukau!!!

Hadir dengan pilihan warna Twilight Black dan Shining White, berat OPPO A92 hanya 192 gram dengan rekaan 3D Quad-Curve yang memberikan keselesaan dan cengkaman yang lebih kukuh apabila anda memegangnya.

Side Fingerprint Unlock

Butang kuasa dan butang pengesanan jari telah pun diletakkan di satu sisi OPPO A92 untuk memastikan bahagian belakang telefon pintar ini kosong. Ini juga memudahkan lagi proses nyahkunci (unlock) OPPO A92 anda. Anda tak perlu lagi letakkan jari anda di skrin, sekaligus mengotorkan skrin anda. Cuma perlu letakkan jari di bahagian sisi OPPO A92 dan ia akan terbuka dengna pantas dan tepat. Mudah kan?

Prestasi

8GB RAM + 128GB ROM

OPPO A92 lebih pantas memasang applikasi dan menyalin fail kerana prestasi pembacaan berterusan di dalam sistem yang digunakan telah pun meningkat sebanyak 61%. Digabungkan pula dengan memori LPDDR4x, tiada masalah untuk anda membuka pelbagai applikasi serta bermain game pada waktu yang sama.

5000mAh bateri + 18W Fast Charge

Dengan kehadiran bateri sebesar 5000mAH, anda boleh menggunakan OPPO A92 seharian tanpa perlu bimbangkan masalah kehabisan bateri. Kalau nak cas pun, ada 18W Fast Charge yang membolehkan bateri OPPO A92 kembali ke 100% dalam masa 30 minit sahaja. Selain itu, OPPO A92 juga boleh digunakan untuk mengecas telefon rakan anda kerana ia hadir dengan sokongan “reverse charging”.

Spesifikasi Penuh OPPO A92

Untuk memudahkan anda memahami kehebatan telefon pintar terbaru dari OPPO ini, kami kongsikan spesifikasi penuh OPPO A92 untuk tatapan anda.

Color Twilight Black / Shining White
Size 162mmx75.5mmx8.9mm
Weight About 192g
Screen Screen size: 6.5 inch;Screen resolution: FHD + (2400 × 1080);

PPI 405

System Android 10?ColorOS 7.1
Memory 8GB+128GB
Rear camera 48MP+8MP+ 2MP + 2MP
Front camera 16MP
Jack Earphone jack?3.5mm;TYPE-C USB2.0
Battery 5000mAh (typical value)
Unlocking Side Fingerprint Unlock

Harga dan Tempahan Awal

Oppo A92

OPPO A92 telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM1199 sahaja. Dengan harga yang cukup berbaloi, anda bakal memiliki sebuah telefon pintar yang bakal menukar gaya hidup anda dengan prestasi dan kecantikan yang cukup memukau.

Jika sudah tertawan dengan OPPO A92, anda sudah boleh mula melakukan tempahan awal (pre-order) dengan hadiah percuma seperti speaker Bluetooth dan jaminan tambahan selama 1 tahun yang bernilai RM298. Syaratnya anda kena buat pre-order di salah satu pautan di bawah bermula hari ini sehingga 8 Mei nanti.

OPPO Online Store
Shopee
Lazada
OPPO Concept Store

Harga istimewa Enco W31

Harga sebenar OPPO Enco W31 ini ialah RM259 tetapi anda boleh melakukan pre-order pada harga ISTIMEWA iaitu RM199 sahaja di Lazada, Shopee, OPPO Official Online Store dan semua kedai konsep OPPO sehingga 8 Mei ini. Memang berbaloi penjimatan yang boleh dilakukan.

Oppo Enco W31 ini adalah sebuah headphone yang mempunyai Binaural Low-Latency Bluetooth® Transmission, Bass Mode, Dual-Microphone Noise Cancellation untuk panggilan telefon dan Smart Wearing Detection. Sekali dah guna, tak pandang dah headphone lain.

Boleh pre-order sekarang pada harga RM199 di OPPO Online Store: https://bit.ly/2VXxJyh dan juga Shopee: https://bit.ly/3dgmqY2

Kod Untuk Promosi Istimewa OPPO A92

Naiktaraf ke OPPO A92 dengan diskaun RM50 ekslusif yang bakal diterima apabila anda mendaftar menerusi pautan di bawah. Terhad untuk 1,000 yang terawal sahaja. Peluang ini sah sehingga 31 Mei 2020 sahaja. Siapa cepat dia yang dapat. Klik di SINI untuk mendapatkan promo kod untuk diskaun bernilai RM50.

Promosi Special Bundle

Beli OPPO A92 pada harga RM1199 dan dapatkan OPPO Enco M31 hanya pada harga RM129 (harga asal ialah RM199) bermula hari ini sehingga 8 Mei 2020 kelak. Promosi ini boleh diperolehi di laman rasmi OPPO.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...