Eina Azman Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Afiq Muiz

Hiburan

Eina Azman Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Afiq Muiz

Kalau sebut nama Eina Azman, pasti nama Afiq Muiz turut sama terpacul keluar. Mereka ini nampak macam seperti pasangan kekasih walaupun kedua-duanya menafikan. Malah ketika kontroversi Afiq Muiz bersama ibunya, Eina Azman juga turut menerima tempias apabila mengeluarkan kenyataan ibu Afiq kurang siuman.

eina azman afiq muiz

Advertisement

Terbaru, Eina Azman mengambil langkah untuk enggan lagi dikaitkan dengan Afiq Muiz. Kata Eina:-

Kalau boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak serik setelah apa yang berlaku sebelum ini.

Eina kata begitu bukan bermakna hubungan Eina dengan Afiq tidak baik lagi. Tetapi Eina sedih apabila ada di antara kenyataan Eina di putar belit dan sudahnya Eina yang nampak bersalah serta teruk di hentam.

Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina

eina

Bagi Abang Nara, senang je kalau Eina tak mahu dikaitkan dengan Afiq Muiz. Janganlah menyibuk hal si Afiq. Duduk senyap-senyap. Kalau boleh, jarangkan keluar bersama. Jangan asyik berkepit je. Lepas itu tumpukan perhatian pada kerjaya. Kalau wartawan tanya pasal Afiq, buat derk je. Barulah orang akan bosan dan tak kaitkan anda dengan AFiq lagi. Tak gitu? Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...